PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mahu memastikan usaha membantu golongan penjaja di bandar raya Kuala Lumpur dapat dijayakan melalui naik taraf infrastruktur serta fasiliti lebih selesa dan bersih.
Melalui muat naik di media sosial Facebooknya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu memaklumkan perbincangan mengenainya telah diadakan ketika bertemu Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah dan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) DBKL, Datuk Azmi Abdul Hamid, di Kementerian Kewangan di Putrajaya pada Rabu.
"Penjaja dan peniaga kecil merupakan salah satu penyumbang ekonomi negara yang perlu diberikan perhatian, agar tidak ketinggalan dalam kepesatan pembangunan di ibu negara," katanya.
Untuk rekod, Anwar dilihat serius mahu nasib penjaja dan peniaga kecil di Kuala Lumpur dibela sekaligus memperbaiki imej bandaraya itu.
Semasa Perasmian Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 pada Disember lalu, Anwar menekankan bahawa pembangunan sesebuah kota raya tidak dianggap berjaya sekiranya ia sekdar diisi gedung pencakar langit yang gah sebagai legasi.
Sebaliknya Anwar menegaskan kota raya akan dianggap berjaya sekiranya ia tidak mengesampingkan kemudahan untuk penjaja-penjaja kecil dapat menjalankan perniagaan dengan suasana lebih baik dan kondusif.
"Saya ke DBKL dan saya kata bersihkan, indahkan, pelancongan, ekonomi, tetapi mesti ikut prinsip tatakelola dan paling utama, saya nak Kuala Lumpur ini tempat gerai itu diindahkan, jangan fikir gedung tinggi sahaja.
"Saya beritahu, (dalam) tiga bulan beri laporan kepada saya macam mana nak buat. Jangan jawab tak boleh, orang tak ada, tempat tak ada, saya tidak terima, saya mahu jawapan," kata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu pada Disember lalu.
Melalui muat naik di media sosial Facebooknya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu memaklumkan perbincangan mengenainya telah diadakan ketika bertemu Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah dan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) DBKL, Datuk Azmi Abdul Hamid, di Kementerian Kewangan di Putrajaya pada Rabu.
"Penjaja dan peniaga kecil merupakan salah satu penyumbang ekonomi negara yang perlu diberikan perhatian, agar tidak ketinggalan dalam kepesatan pembangunan di ibu negara," katanya.
Untuk rekod, Anwar dilihat serius mahu nasib penjaja dan peniaga kecil di Kuala Lumpur dibela sekaligus memperbaiki imej bandaraya itu.
Semasa Perasmian Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 pada Disember lalu, Anwar menekankan bahawa pembangunan sesebuah kota raya tidak dianggap berjaya sekiranya ia sekdar diisi gedung pencakar langit yang gah sebagai legasi.
Sebaliknya Anwar menegaskan kota raya akan dianggap berjaya sekiranya ia tidak mengesampingkan kemudahan untuk penjaja-penjaja kecil dapat menjalankan perniagaan dengan suasana lebih baik dan kondusif.
Mahu jadikan KL lebih mesra kepada penjaja |

0 Comments