Arab Saudi lulus 32,600 qouta haji kepada Malaysia

 




KEHADIRAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar ke mesyuarat bersempena Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 yang dianjurkan Kerajaan Arab Saudi pada Isnin membuahkan hasil.

Ia apabila kerajaan Arab Saudi bersetuju meluluskan kuota haji untuk penghantaran seramai 31,600 jemaah Malaysia tahun ini.

"Saya telah mengadakan mesyuarat khas bersama Menteri Haji dan Umrah, Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabia

"Mesyuarat khas itu berlangsung dengan penuh mahabbah iaitu taqwa, keadilan, kejujuran, amanah dan bertanggungjawab khususnya bagi membincangkan aspek persiapan musim haji tahun ini.

"Sehubungan dengan itu, saya sukacitanya ingin memaklumkan bahawa Kouta Haji Mlaysia yang diterima Kerajaan Arab Sauda adalah sebanyak 31,600 orang untuk tahun 1444H/2023M," katanya Mohd Na'in dalam kenyataan.

Sebagai rekod, tahun lalu, Kerajaan Arab Saudi hanya meluluskan 14,306 kuota haji Malaysia susulan pendemik Covid-19.

Sementara itu Mohd Naim berkata, pada mesyuarat yang diadakan, Dr Tawfiq Fawzan juga memuji Malaysia khususnya Lembaga Tabung Haji (TH) atas pengendalian haji yang baik, sistematik dan tahap layanan jemaah haji yang perlu dijadikan contoh kepada pihak lain.

"Saya menegaskan, TH akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah haji Malaysia dan akan mematuhi ketetapan diadakan Kerajaan Arab Saudi," katanya Mohd Na'im.

Tambahan qouta sebanyak 17,294 berbanding 2022
Bekas Ketua Hakim Syarie itu juga berkata,bagi pihak Kerajaan Malaysia beliau menzahirkan rasa bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi atas kuota diberikan itu.
 
"Saya memohon kepada semua umat Islam dapat bersama-sama berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan perjalanan haji tahun ini serta mendoakan pihak TH dapat menguruskan jemaah haji Malaysia dengan baik dan lancar," katanya dalam kenyataan tersebut.

Post a Comment

0 Comments