PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) memberi reaksi positif kepada hasrat 10 syarikat dari Malaysia yang mahu terlibat dalam pembangunan Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara di Kalimantan Timur.
Dalam kenyataannya semasa menerima lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bogor pada Isnin, Jokowi berkata beliau sangat menyambut baik penyertaan syarikat Malaysia mengenai perkara tersebut.
"Saya menyambut baik minat para pelabur dalam pembangunan IKN Nusantara. Sebanyak 11 Surat Minat (LoI) oleh 10 syarikat Malaysia telah diserahkan kepada pihak berkuasa IKN.
"Melibatkan dalam bidang elektronik, kesihatan, pembinaan, hartanah dan lain-lain.
"Selain itu terdapat juga sejumlah memorandum persefahaman (MoU) dalam perkapalan, pembiayaan, eksport import, pembangunan industri dan lain-lain juga," ujarnya.
Jokowi dan Anwar sebelumnya menyaksikan penyerahan LoI tersebut oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kepada Pengerusi Pihak Berkuasa IKN, Bambang Susantono.
Kehadiran Anwar ke Indonesia yang menjadi negara pertama dilawatinya setelah dilantik sebagai Perdana Menteri menarik perhatian rakyat di kedua-dua negara. Tokoh reformasi yang tidak asing bagi sebahagian besar rakyat negara jiran itu turut menyifatkan Indonesia sebagai 'sahabat sejati'.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu pernah berjanji mahu menggunakan pengaruh dan persahabatanya untuk menarik kembali pelabur ke negara ini.
Janji itu diterjemah di Indonesia apabila kehadiranya telah menarik minat beberapa pihak untuk membawa pelaburan ke negara ini.
Antara yang dilapor menunjukkan minat adalah Pengerusi CT Corp, Chairil Tanjung. CT Corp salah satu konglomerat utama Indonesia yang merangkumi beberapa media.

Hubungan M'sia dan Indonesia makin kukuh |

0 Comments