Perkhidmatan KTM percuma untuk OKU dan pelajar bawah 12 tahun




KERAJAAN PERPADUAN sekali lagi menunjukkan keprihatinannya apabila mengumumkan perkhidmatan ren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) secara percuma buat golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Langkah terbaharu yang akan bermula 15 Feb itu turut melibatkan pelajar dibawah usia 12 tahun dan berpakaian sekolah.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata tawaran percuma itu bagi perkhidmatan tren komuter sektor utara dan Lembah Klang serta perkhidmatan antara bandar bagi laluan Gemas-Tumpat.

Tidak sekadar di Lembah Klang, tawaran turut memanfaatkan 150 murid yang menggunakan perkhidmatan tren antara Dabong ke Kuala Geris di Kelantan setiap hari dengan kadar bayaran RM1 setiap perjalanan.
 
“Perbincangan lanjut akan dibuat untuk meluaskan perkhidmatan tren percuma kepada pelajar sekolah menengah selepas ini bergantung kepada kemampuan kewangan,” katanya.

Ahli Parlimen Seremban itu ditemui pemberita ketika hadir mengedarkan pek sambutan Tahun Baharu Cina 2023 kepada penumpang perkhidmatan tren elektrik (ETS) ke utara dan penumpang komuter di KL Sentral pada Jumaat.

Mengulas lanjut beliau berkata, inisiatif itu dapat dilaksanakan melalui penjimatan RM15 juta setahun susulan penangguhan perkhidmatan KTM komuter dari Subang Skypark ke KL Sentral berkuat kuasa pada tarikh sama.

Langkah ringan beban kos hidup rakyat
Perkhidmatan laluan Subang Skypark ke KL Sentral itu dtangguhkan setelah didapati menerima sambutan kurang memuaskan.
 
“Kadangkala kereta api kosong. Permintaan belum ada, kemungkinan selepas Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dinaik taraf ada permintaan lebih tinggi,” katanya.
 

 

Post a Comment

0 Comments