Konsep Malaysia Madani diperkenal PM bukan retorik politik


KONSEP
Malaysia Madani yang diperkenalkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan bersifat retorik politik.


Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari sebaliknya berkata konsep madani yang merangkul semua lapisan masyarakat yang menyeluruh tanpa mengira kaum selain meningkatkan ekonomi, pembangunan dan pembangunan sahsiah merupakan pendekatan menjadikan rakyat lebih mampan dan meningkatkan keyakinan pelabur.

"Kita mengajar rakyat supaya berjiwa bebas, rakyat ini akan tidak bergantung kepada pemerintah.

"Maksudnya kita merangkul semua lapisan masyarakat tidak kira agama dan kaum dari semua aspek baik dari segi ekonomi pembangunan dan yang lebih penting ialah pembangunan sahsiah diri," kata Taufiq.

Konsep Madani merangkumi semua kepentingan rakyat
Beliau sebelumnya ditemui pemberita selepas merasmikan Program Hingaq Fest di Sungai Petani pada Sabtu.

Konsep yang diperkenalkan pada Khamis lalu berteraskan enam tonggak iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Ia sebagai sebahagian usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.

Post a Comment

0 Comments