Perdana Menteri hadir meriahkan rumah terbuka MCA


PERDANA MENTERI
, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA di Kuala Lumpur.

Ia kehadiran pertama Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu selepas 25 tahun dengan kali terakhir beliau menghadiri majlis parti gabungan Barisan Nasional (BN) itu ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, sebelum dipecat daripada jawatan itu pada 1998.

Kehadiran Anwar ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan kedua-duanya mengenakan pakaian berwarna merah.

Turut hadir pada rumah terbuka itu adalah Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Anwar yang juga presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, beliau gembira dapat bertemu rakan lama pada majlis berkenaan.

Beliau turut menyifatkan persababatan beliau dengan MCA tidak pernah putus walaupun ketika beliau dalam pembangkang sebelum ini.

"MCA itu dalam rangka persahabatan lama tapi yang bagusnya, kita tidak pernah putus persahabatan walaupun perbedaan parti dan pandangan dari semasa ke semasa tapi sekarang balik semula (bersama).

"Dulu kita berbeda pandangan dan haluan. Saya dipecat daripada UMNO dan saya terpaksa lawan. Masa dalam penjara, tak sempat datang dan sekarang, ada ruang dan nampak bukan saja kemesraan tapi nampak satu haluan dalam banyak pandangan serta isu.

Pentadbiran PM bawa semangat perpaduan
"Saya juga banyak berbincang dengan Presiden MCA dan nampak kita tumpu pada pembangunan serta ekonomi Malaysia," katanya.

Pada majlis itu, Anwar dan tetamu yang hadir turut menggaul yee sang sebagai simbol kepada kemewahan dan kemakmuran bagi masyarakat Cina.

Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian dan tarian tradisional kaum berkenaan.

Post a Comment

0 Comments