Pasukan khas teliti aduan perkhidmatan Touch ‘n Go bakal ditubuhkan


SATU
pasukan khas akan ditubuhkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi meneliti aduan rakyat berhubung perkhidmatan Touch ‘n Go (TNG).

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pasukan yang akan ditubuhkan dalam masa terdekat itu akan diketuai Ketua Setiausaha KPDN.

Jelasnya, penubuhan pasukan khas itu wajar memandangkanKPDN kerap menerima aduan daripada pengguna mengenai perkhidmatan TNG sejak kebelakangan ini.

Antara aduan yang diterima berhubung perkhidmatan berkenaan termasuk isu berkaitan kad prabayar Visa TNG, kesukaran mendapat kad TNG, masalah Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) selain talian hotline yang tidak dijawab

“Saya telah meminta pihak bertanggungjawab untuk membuat kajian dan meminta pihak pengurusan TNG menjawab beberapa aduan dan rungutan orang ramai sehinggakan ada aduan yang sampai kepada saya sendiri.

“Saya akan minta laporan diberikan kepada kementerian bagi setiap kes, sebagai contoh, kita dapat secara terperinci tentang satu masalah dan syarikat memberikan jawapan dengan segera, sekali gus isu timbul dapat dipantau,” katanya pada sidang media di Johor Baharu.

KPDN terima banyak aduan dari rakyat
Mengulas lanjut mengenai isu itu beliau berkata, tindakan bakal dikenakan terhadap syarikat pengendali jika tidak menunaikan tanggungjawab menyelesaikan isu yang dibangkitkan.

“Saya akan teliti dan pastikan mereka (syarikat pengendali) menunaikan tanggungjawab, (tetapi) sekiranya mereka tidak mengambil perhatian, maka saya akan membincangkan tindakan yang akan diambil,” katanya.

Post a Comment

0 Comments