KKM rancang guna talian internet satelit untuk klinik luar bandar


DALAM
usaha memberi perkhidmatan lebih berkesan kepada masyarakat, Kementerian Kesihatan (KKM) merancang untuk mendapatkan perkhidmatan talian Internet berasaskan satelit bagi kegunaan klinik kesihatan di kawasan luar bandar.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, talian Internet itu penting kepada petugas kesihatan bagi membuat diagnosis terhadap pesakit secara maya atau talian video.

Justeru jelasnya, pihak KKM akan berbincang dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bagi tujuan itu.

“KKM telah terima kertas kerja daripada pihak Jabatan Kesihatan Negeri, kita lihat perkhidmatan talian Internet berasaskan satelit perlu disediakan di klinik kawasan luar bandar.

“Kami akan mengadakan perbincangan dengan KKD bagi membantu KKM menyediakan perkhidmatan ini di klinik kesihatan,” jelasnya.

Usaha tingkat perkhidmatan klinik luar bandar
Sementara itu, beliau turut menyatakan harapan ada peruntukan khusus bagi mengatasi masalah klinik kesihatan yang daif di seluruh negara.

“Kita berharap pembentangan bajet 2023 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan peruntukan khusus kepada klinik daif, bukan hanya di Sarawak tetapi di seluruh Malaysia,” katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments