Penganalisis politik sokong keputusan k'jaan dalam isu KWSP


PERTIMBANGAN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencari jalan lain yang lebih berkesan membantu mengatasi isu kewangan rakyat berbanding membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja satu keputusan rasional, kata penganalisis ekonomi.

Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff yang merupakan Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS) mengakui penjelasan Anwar bahawa pencarum tidak lagi mempunyai simpanan mencukupi adalah berasas.
 
"Hakikatnya majoriti besar pencarum KWSP sudah tidak mempunyai lagi wang yang mencukupi untuk persaraan. Malah, ramai kalangan pencarum terutamanya kaum bumiputera tidak lagi mempunyai simpanan yang tinggi, hanya kurang daripada RM10,000.

"Kalau kita lihat yang mempunyai caruman kurang daripada RM1,000.00 pun amat tinggi peratusannya.
 
"Oleh itu, inisiatif ataupun program lain harus difikirkan untuk membantu golongan ini tanpa menjejaskan caruman untuk persaraan mereka", katanya dpetik laporan RTM.

Anwar ketika mengulas gesaan supaya pentadbirannya membenarkan pengeluaran secara one-off antara RM10,000 hingga RM30,000 wang caruman itu menegaskan beliau tidak mahu sewenangnya membenarkan perkara itu.

Jelas beliau yang juga Menteri Kewangan, semakan mendapati julah baki dimiliki pencarum sangat kecil jumlahnya setelah beberapa kelulusan untuk pengeluaran diberikan sebelum ini.

Keputusan membenarkan pengeluaran lagi wang caruman itu tegasnya akan menyebabkan jaminan kewangan pencarum akan terjejas.

Sehubungan itu beliau berjanji kerajaan akan merangka cara lain bagi membantu rakyat.

Dr Ahmed sokong langkah Perdana Menteri
Sementara itu Dr Ahmed ketika mengulas Sumbangan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang mula diagihkan semalam berkata,  ia satu pendekatan yang wajar dan perlu diteruskan bagi membantu golongan kurang berkemampuan, rentan dan mudah terjejas.

Dengan adanya bantuan seperti itu, ia dapat rakyat dalam kategori berkenaan dapat meneruskan kehidupan dalam situasi peningkatan kos sara hidup yang semakin mencabar.

Post a Comment

0 Comments