Pemimpin PAS T'ganu digesa muhasabah diri, bersikap profesional

 



MENTERI BESAR Terengganu dan barisan Exco negeri itu digesa bersikap profesional dalam memastikan kelangsungan hubungan baik Persekutuan dan Negeri dapat dikekalkan.
 
Gesaan itu disuarakan Ketua Penerangan Pakatan Harapan (HARAPAN) Terengganu, Mohd Sufian Mat Ali sebagai mengulas ketiadaan Ahmad Samsuri Mokhtar dan barisan exconya menyambut lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri itu pada Khamis.

Menyifatkan tindakan pimpinan PAS itu seolah-seolah meremehkan kehadiran Perdana Menteri beliau bimbang ia diibaratkan sebagai satu pengisytiharan perang antara kerajaan negeri dan pusat, yang semestinya membawa natijah buruk kepada rakyat Terengganu.

“Menteri Besar dan exco perlu muhasabah dan perbaiki profesionalisme mereka bagi kepentingan negeri berbanding mengutamakan dendam politik mereka,” katanya dalam kenyataan media.
 
Ahmad Samsuri yang sebelum ini pernah dikritik kerana berada di luar negara ketika banjir di Terengganu dilapor tidak menyambut Anwar sebaliknya hadir di acara mengagihkan bantuan banjir anjuran Perikatan Nasional (PN) di Besut.

Tindakannya itu kemudian dikritik ramai termasuk pimpinan HARAPAN dan warganet.

Pada lawatan itu, Anwar menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah selama sejam selain menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Negeri Terengganu di Dewan Senat, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Sementara itu Mohd Sufian menolak alasan tiada makluman rasmi daripada Pejabat Perdana Menteri berhubung lawatan itu.

Ini kerana jelasnya setiausaha kerajaan negeri sendiri, Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.

Jangan bertindak remehkan kehadiran PM
Melalui kenyataan sama, beliau turut membandingkan tindakan menteri besar Terengganu dan exconya dengan pemimpin Kelantan, yang sekalipun tidak membelakangi perdana menteri. Terengganu dan Kelantan masing-masing ditadbir PAS.

“Hubungan antara kerajaan negeri dan pusat seharusnya dilangsung dengan baik demi kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri,” kata Mohd Sufian.

 

Post a Comment

0 Comments