MB malu nak jumpa PM lepas tohmah macam-macam, dakwa Mahfuz

 



PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN) Kedah, Datuk Mahfuz Omar berharap rakyat di negeri itu mengambil peluang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan untuk memperbetulkan 'kesilapan' memberi kemenangan kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) tahun lalu.

Mahfuz ketika menyampaikan ceramah pada Karnival Jelajah Perpaduan di Alor Setar pada Jumaat berkata, kesilapan itu boleh difahami kerana pada kempen PRU lalu, rakyat sering didengarkan dengan dakwaan tidak berasas terhadap HARAPAN.

Ia antaranya termasuklah kononnya HARAPAN akan menyokong  budaya LGBT sehingga akan membenarkan perkahwinan antara lelaki dengan lelaki sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

“Mungkin kerana selalu mendengar dakwaan tak berasas, akhirnya ada yang percaya habis-habisan. Kononnya kalau  HARAPAN perintah, lelaki boleh kahwin dengan lelaki dan perempuan perlu pakai skirt ke sekolah.

“Apabila kita sudah memerintah, rupa-rupanya baru tahu yang semua itu fitnah. Sebab itu apabila negeri ini tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) tempoh hari, sebenarnya Allah atur elok nak bagi rakyat Kedah perbaiki kesilapan, supaya kita belajar daripada kesilapan itu,” katanya seperti dilapor Utusan.


Sementara itu dakwanya, pemimpin PAS termasuk Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berdepan dilema besar untuk bertemu Perdana Menteri bagi membincangkan soal pembangunan negeri.

Ia susulan tohmahan yang dilemparkan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu sebelum ini.

Pengundi dah sedar Anwar banyak difitnah
“Menteri Besar pun bercakap sampai tak ketahuan hala. Dulu beliau persoal bagaimana Anwar nak jadi Perdana Menteri kerana didakwa tidak memiliki moral tetapi kini nak jumpa pula dah.

"Ketika ini pun Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sedang memikirkan untuk bertemu Perdana Menteri.

“Kita harap semua pihak bersedia bagi memastikan kerajaan di Kedah ini sama dengan Kerajaan Persekutuan.  katanya.

Untuk rekod, Anwar ada memfailkan saman fitnah terhadap Sanusi berhubung ucapan berbaur fitnah dibuat pemimpin PAS itu dalam satu kempen ceramah 'Jelajah PN Best Tambun'.

Mahkamah Tinggi Alor Setar mengeluarkan arahan untuk Sanusi memfailkan pernyataan pembelaan selewat-lewatnya 13 Februari ini.
 

Post a Comment

0 Comments