Sistem baharu di JPJ akan diperkenal tak lama lagi


URUSAN
di kaunter perkhidmatan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggunakan sistem baharu tidak lama lagi, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

Dipetik laporan FMT, Ahli Parlimen Seremban itu berkata, butiran sistem baharu proses memperbaharui cukai jalan, pensijilan kenderaan, lesen motor dan memandu itu akan diumumkan selepas Tahun Baharu Cina.

“Bayangkan memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu melalui aplikasi pada telefon bimbit anda. Ia mudah dan pantas, dan boleh dilakukan mengikut masa dan keselesaan anda sendiri.

“Tidak perlu menunggu perkhidmatan kaunter dan beratur panjang. Kementerian Pengangkutan dan JPJ sedang berusaha ke arah ini,” katanya
 
Dalam pada itu beliau turut menjelaskan kementerian kini sedang mengkaji sistem pendigitalan sebagai satu cara untuk mengurangkan orang ramai ke pejabat JPJ.

Walau bagaimanapun jelasnya kementerian akan menjalankan kajian kebolehlaksanaannya dan berharap ia dapat menyelesaikan sesuatu dan mencapai situasi menang-menang untuk semua.

MOF cari cara selesai isu berbangkit
Beliau sementara itu memberitahu, untuk mengurangkan kesesakan di kuanter JPJ ketika ini, pihaknya telah memperbanyak bilangan kiosk di cawangan-cawangan di seluruh negara.

Malah waktu perkhidmatan untuk kiosk juga telah dilanjutkan bagi menjadikan proses memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu lebih mudah, lancar dan pantas.

Post a Comment

0 Comments