Kukuhkan semangat muhibbah sesama kaum- Dr Wan Azizah


PENGERUSI Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Malaysia terutama di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak untuk mengukuhkan semangat Muhibbah yang tinggi.

Melalui satu kenyataan media bersempena sambutan Tahun Baru Cina pada hujung minggu ini, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyatakan harapan agar sambutan perayaan itu menjadi pemangkin menguatkan lagi azam semua untuk mengukuhkan hubungan antara kaum di negara ini.

"Pertamanya, kita merasa syukur kerana Malaysia tidak berada dalam keadaan rusuhan dan peperangan seperti di beberapa negara lain.

"Realitinya, Malaysia pada hari ini adalah aman dan rakyat dapat hidup dengan harmon antara satu sama lain, ini adalah kemenangan besar untuk setiap warganegara Malaysia," kata Dr Wan Azizah.

Beliau sementara itu turut menyorot keakraban rakyat di negara ini yang menurutnya walaupun terdiri dari masyarakat berlainan kaum ataupun agama, namun saling hidup bersatu padu dan saling bantu membantu.

Semoga perpaduan dan muhibbah terus dipupuk
"Ini adalah satu rahmat yang mungkin kita tidak sedar. Tapi percayalah, Malaysia tidak akan maju, aman dan tenang seperti sekarang jika terdapat konflik perkauman berpanjangan.

Sekali lagi saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua kaum Cina di Bandar Tun Razak dan Malaysia," katanya dalam kenyataan tersebut.

Post a Comment

0 Comments