PM fokus masalah rakyat, tak berhajat bina mercu tanda baharu


PERDANA MENTERI
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa pentadbirannya tidak untuk membina mercu tanda baharu.

Sambil menyifatkan mercu tanda sedia ada seperti Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara TRX sebagaisudah mencukupi, Anwar berkata beliau memfokuskan kepada isu-isu di Kuala Lumpur yang sebelum ini dianggap kurang diambil perhatian.

“Saya jaga Kuala Lumpur, cukup mercu tanda KLCC dan TRX, saya takkan bersaing.

"Bawah Anwar, saya tak berhajat buat petanda,” katanya pada satu program dialong bertemakan ‘Membangun Malaysia Madani’ di Putrajaya semalam.

Mengulas lanjut, Menteri Kewangan itu berkata ada keperluan untuk menjana keupayaan kota, kebersihan, keindahan di Kuala Lumpur,

Tidak terkecuali usaha memperkasa perusahaan kecil sederhana (PKS), golongan penjaja dan pengusaha warung di Bandaraya itu.

PM tumpu isu menguntungkan rakyat
“Oleh itu tumpuan membantu sektor itu perlu dalam memastikan rakyat golongan bawah mendapat manfaat dari inisiatif dan pembaharuan,” katanya.

Bagi menjayakan usaha yang mahu dijayakan itu, beliau turut mengajak syarikat besar dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk bersama menjayakan usaha itu melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Post a Comment

0 Comments