KEMENTERIAN
Dalam Negeri (KDN) berhasrat mengubah persepsi masyarakat yang selama
ini mengenali penjara sebagai pusat hukuman kepada pusat koreksional.
Menterinya,
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata usaha itu akan dilakukan
menerusi Program Koreksional Komuniti seperti parol dan Pelepasan
Banduan Secara Lesen (PBSL) selaras dengan Seksyen 43 Akta Penjara 1995.
Beliau
yang mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia
di Kajang semalam turut berkata, pihaknya mensasarkan 18,500 banduan
yang dihukum penjara kurang tiga tahun dan dianggap tidak melakukan
kesalahan serius akan diberi peluang kedua melalui program tersebut.
"Kalau
tengok kepada statistik kejayaan Program Koreksional sebelum ini, ia
ternyata membantu mengurangkan kes berulang iaitu satu daripada 800 kes
banduan yang kembali ke penjara selepas dibebaskan.
"Perbincangan
mengenai hasrat menjadikan Program Koreksional sebagai keutamaan
Jabatan Penjara sudah dibuat, ini termasuk kerjasama dengan 283 syarikat
yang bersedia menerima kumpulan banduan itu bekerja," katanya.
Saifuddin
turut menambah, pihaknya sedang dalam cadangan menambah baik beberapa
kompleks penjara yang dianggap sudah usang supaya menjadi kondusif buat
pesalah dan kakitangan Jabatan Penjara.
Beberapa penjara berusia
lebih 100 tahun Penjara Alor Setar di Kedah, Penjara Pulau Pinang,
Pusat Koreksional Kamunting di Perak dan Penjara Pengkalan Chepa di
Kelantan antara yang dikenal pasti memerlukan naik taraf.
USaa
itu jelasnya selain menjadikan suasana pusat koreksional itu lebih
kondusif buat pesalah dan kakitangan Jabatan Penjara turut dapat
mengelak keperluan membina kompleks penjara baharu.
"Usaha ini
dibuat kerana kami sedaya upaya tidak mahu membina penjara baharu sebab
mahu kurangkan kadar jenayah dan sabitan. Hasrat ini juga dibuat untuk
mewujudkan penjara yang lebih manusiawi untuk didiami," katanya.
![]() |
Menteri mahu ubah persepsi umum terhadap penjara |
Katanya beliau sudah berbincang dengan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Penjara Datuk Nordin Muhamad untuk menjadi pemudah cara proses pengambilan serta pelantikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam.
0 Comments