KBS galak persatuan sukan cari bakat baharu


KEMENTERIAN  Belia dan Sukan (KBS) menggalakkan penglibatan mana-mana persatuan sukan menggembleng usaha mencungkil lebih ramai bakat baharu dalam sukan dengan penganjuran pertandingan.

Timbalan Menterinya, Adam Adli Abd Halim berkata, usaha membangunkan sukan memerlukan usaha bersama secara berterusan dengan pengdalam membantu kementerian melahirkan atlet pelapis pada masa akan datang.

"Usaha itu boleh dilakukan dengan pelbagai program atau pertandingan bagi mencari bakat baharu.

"Kami di KBS sentiasa komited memajukan sukan terutama dalam melahirkan ramai atlet muda untuk bersiang ke peringkat antarabangsa seterusnya mengharumkan nama negara.

KBS ada merangka program mencungkil bakat baharu agar ada kesinambungan dan pelapis. saya percaya dengan kerjasama persatuan sukan, lebih ramai bakat baharu terutama dalam bola sepak seperti R.Kogileswaran dapat dilahirkan," jelas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu.

Beliau sebelumya ditemui pemberita pada majlis penyampaian hadiah kejohanan bola sepak ‘Road to Glory to Real Madrid 2023’  di Stadium Mini Permatang Rawa, di Bukit Mertajam pada Sabtu.

Kogileswaran atau Kogi, 24, yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan kini menyertai kelab Korea Selatan, Chungbuk Cheongju FC selepas dilaporkan mengikat kontrak selama setahun bersama pasukan liga divisyen dua (K2) negara itu.

Mahu lebih ramai bakat seperti Kogi dilahirkan
Mengulas lanjut, Adam Adli berharap bakat-bakat muda dapat mengikut jejak langkah Kogi jika diberi peluang dan tidak hanya memberi tumpuan untuk beraksi di negara sendiri apabila dewasa kelak.

“Apabila mereka balik nanti (pulang ke Malaysia), mungkin mereka boleh menyumbang pula untuk (pembangunan) bola sepak di negeri masing-masing,” tambahnya.

Post a Comment

0 Comments