Beri peluang rakyat miliki rumah, N9 peruntukkan RM10 juta untuk RHR


KERAJAAN
Negeri Sembilan turus berusaha memberi peluang rakyat di negeri itu untuk memiliki kediaman sendiri.

Untuk itu, sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) itu bagi membina Rumah Harapan Rakyat (RHR).

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sehingga kini sebanyak tujuh buah RHR telah berjaya disiapkan, sementara 108 buah rumah sedang giat dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS).

“Rumah berharga RM81,000 dilengkapi dengan tiga buah bilik dan dua buah bilik air dengan keluasan lantai 836 kaki persegi.

“Pemohon hanya perlu membayar pinjaman tanpa faedah sebanyak RM70,000 dalam tempoh 25 tahun, manakala selebihnya akan diberikan subsidi oleh Kerajaan Negeri,” jelas Aminuddin yang juga ADUN Sikamat.

Beliau turut memaklumkan inisiatif perumahan itu telah menerima permintaan yang sangat tinggi dari rakyat khususnya di kalangan B40.

Setakat November 2022, sebanyak 466 permohonan telah diterima, namun kelulusan adalah terhad kepada 60 buah rumah sahaja setahun.

“Kerajaan Negeri juga sedang bekerjasama dengan MAINS bagi menambah dana menggunakan duit zakat bagi membina RHR untuk golongan asnaf yang dilaksanakan oleh PKNNS selaku peneraju,” ujarnya.

Selain dari inisiatif RHR itu, Kerajaan Negeri turut menjalankan beberapa inisiatif untuk rakyat di negeri itu.

Ia antaranya dengan melancarkan projek rintis, pemberian tapak rumah berkeluasan minimum 4,000 kaki persegi bagi pembangunan rumah generasi Kedua dan Ketiga Felda yang tidak memiliki kediaman sendiri.

Projek itu akan membabitkan tanah rizab kerajaan negeri yang kemudian diberikan untuk dibina rumah itu mengikut kemampuan dengan kos ditanggung sendiri penerima

Setakat ini sebanyak 100 lot rumah telah disediakan dengan perancangan untuk memperluaskan inisiatif itu di tanah rancangan Felda yang lain di seluruh Negeri Sembilan.

Inisiatif RNR dapat sambutan luar jangkaan
Selain peluang pemilikan rumah, kerajaan negeri juga turut membantu golongan belia yang ingin memulakan projek tanaman makanan.

Sebanyak RM0.55 juta diperuntukkan dibawah inisiatif Sejahtera Tani yang melayakkan beliau terbabit dalam projek itu mendapat geran bantuan sehingga RM10,000.


Post a Comment

0 Comments