Manfaatkan teknologi digital untuk pacu pembangunan, kata Menteri


JABATAN PENERANGAN
digesa tidak sekadar memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat, sebaliknya bersama kerajaan dalam usaha memacu dan membangunkan ekonomi.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) melalui satu rakaman video dikongsikan Jabatan Penerangan menegaskan bahawa kemajuan digital yang semakin berkembang perlu diguna sepenuhnya lebih daripada melaksana perkara asas itu sahaja.

Sebaliknya agensi terbabit perlu memain peranan menterjemah keupayaan negara dalam mendepani teknologi itu.

"Selain bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk selesai perkara asas, Jabatan Penerangan adalah salah satu organisasi yang sangat penting menjayakan usaha dan ikhtiar kerajaan.

"Dalam masa 10 tahun kedepan ini, ia mungkin akan jadi satu dekad keemasan untuk negara Malaysia dimana teknologi digital bukan hanya memberi akses semata-mata.

Pendigitalan mampu pacu pembangunan
"Tetapi ekonomi juga boleh dipacu dengan laju (melalui teknologi digital) yang hasil limpah ruah kemakmurannya akan rakyat nikmati," kata Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu.

Beliau sebelumnya hadir melakukan lawatan kerja ke Jabatan Penerangan Wilayah persekutuan & Putrajaya di Jalan Raja Laut.

Turut hadir adalah timbalannya, Teo Nie Ching.




Post a Comment

0 Comments