ISU pengusiran yang dibangkitkan penduduk Kampung Sungai Baru sudah berada di pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sedang dalam perhatian.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha politiknya, Azman Abidin seperti dilapor Malaysiakini.
"Kes ini masih dalam perhatian PM. akan maklumkan (perkembangan seterusnya) seberapa segera," katanya ringkas.
Penduduk terbabit melalui satu sidang media pada Disember lalu memohon campur tangan Anwar dalam isu pengusiran tersebut.
Ahli Jawatankuasa bertindak penduduk, Johari Zakaria berkata satu notis dibawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) bertarikh 19 Disember telah diserahkan supaya penduduk berpindah dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis diterima.
Jelasnya tempoh singkat diberikan Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan (PTGWPKL) itu adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan terutama ada penduduk yang dakwanya masih belum menerima pampasan walaupun telah diserahkan borang K (notis bahawa milikan tanah atau peletkhakan petak telah diambil).
Penduduk mahu PM campur tangan |
Justeru penduduk mahu Perdana Menteri menangguhkan atau dibatalkan notis pengusiran itu supaya kajian semula boleh dilakukan dalam isu tersebut.
Selain isu pengusiran itu, penduduk juga sebelum ini menyatakan rasa tidak setuju dengan kadar pampasan RM400 kaki persegi yang ditetapkan oleh PTGWPKL.
0 Comments