Baru nak kaji Parlimen hibrid, 6 bulan Speaker buat apa?


AHLI PARLIMEN  Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mengkritik alasan untuk mengkaji terlebih dahulu kaedah pelaksanaan Parlimen secara hibrid.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, Abdullah Sani menegaskan bahawa tarikh persidangan serta notis panggilan perlu dikeluarkan segera agar sidang Parlimen boleh diadakan sebelum 1 Ogos depan, bertepatan dengan Seksyen 14 Ordinan Darurat.

Tindakan itu tegasnya perlu dilaksana segera agar ia selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah dan raja-raja Melayu demi kepentingan negara serta rakyat.

“Sidang Parlimen boleh dipanggil, prorog dan dibubar pada satu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa.

“Titah Tuanku yang selari dengan perlembagaan, demokrasi dan menjiwai hasrat rakyat mestilah dipatuhi. Jangan biadab dan derhaka,” tegasnya.

Tambah bekas pemimpin kesatuan sekerja itu lagi, kenyataan Yang Dipertua Dewan Negara serta Dewan Rakyat bahawa Parlimen akan bersidang pada hujung Ogos atau awal September dilihat sebagai helah untuk melengahkan persidangan tersebut.

 Jangan derhaka Agong, tegas Abdullah Sani
“Sedangkan Selangor, Melaka, Johor dan beberapa negeri lagi sudah menetapkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tarikh yang lebih awal.

"Jika baru nak kaji kaedah pelaksanaan, apa yang mereka buat sepanjang lebih enam bulan Parlimen tidak bersidang dalam tempoh darurat?" soal beliau.

Post a Comment

0 Comments