SEBUAH helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilaporkan terbabit dalam kemalangan selepas terpaksa mendarat cemas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.
Memetik laporan media, dalam kejadian 12 tengah hari itu, semua kru dalam pesawat terbang jenis AS 555 SN Fennec itu dilaporkan selamat.
TLDM dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian tersebut.
Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku ketika helikopter berkenaan melakukan penerbangan operasi.
Semua kru terbabit kemalangan itu turut dilapor menjalani pemeriksaan lanjur di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Pangkalan TLDM Lumut.
Untuk rekod, TLDM turut mengoperasikan enam helikopter tempur jenis Super Lynx yang semuanya memiliki rekod penerbangan cemerlang.TLDM akan tubuh lembaga siasatan
Ini adalah kemalangan pertama membabitkan pesawat TLDM sepanjang lebih 30 tahun penubuhan Skuadron Udara TLDM.
Susulan itu TLDM dalam kenyataan memaklumkan akan menubuhkan satu lembaga siasatan akan ditubuhkan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.
0 Comments