Tanah runtuh: warganet puji tindakan menteri, timbalan menteri

 


TINDAKAN Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa bergegas ke Hospital Selayang selepas mendapat berita kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dipuji warganet.

Dipetik komen di sesawang Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, beberapa warganet memuji tindakan Dr Zaliha hadir bagi mengetahui sendiri perkembangan terkini mangsa dan tidak terburu-buru membuat sidang media.

"Terbaik YB. Jangan tergopoh2 nak buat sidang media. Buat je kerja," tulis Je May Manaf.

Pandangan sama turut disuarakan S.N. Azwir "buat kerja dulu. sidang media kemudian bila selesai atau perlu sahaja. tunjukkan menteri boleh buat kerja," katanya.
 
Awal pagi tadi, negara dikejutkan dengan insiden yang berlaku di jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highland.
 
Setakat jam 2 petang tadi, 16 sudah disahkan terkorban, 61 orang terselamat dan  17 belum ditemui.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media memohon doa rakyat Malaysia agar misi ini dapat dipermudahkan.

Anwar memaklumkan beliau akan turun melihat sendiri kawasan kejadian pada malam ini. dalam kenyataan sama beliau memohon menteri yang hadir ke kawasan terbabit agar tidak mengganggu kerja-kerja menyelamat.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Aiman Athira Sabu turut memaklumkan beliau hadir ke Balai Polis Ulu Yam Baharu yang dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mangsa yang terselamat.

Beliau turut memaklumkan mangsa yang trauma, sudahpun dibantu oleh kaunselor  Jabatan Kebajikan Masyarakat, KPWKM.

Kementerian terbabit kerjasama tangani musibah
"KPWKM melalui agensi JKM juga siap sedia dengan pasukan #JaketOren dan barang2 keperluan termasuk makan, minum, tikar, towel, selipar dan lain2 keperluan yang diperlukan mangsa," maklumnya.

Sementara menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Salahuddin Ayub memalumkan pihak kementerian menawarkan bantuan sukarelawan dan makanan kepada pasukan penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh.

Post a Comment

0 Comments