Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan diaktifkan semula


MENTERI PENDIDIKAN memaklumkan bahawa Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) akan diaktifkan semula.

Fadhlina Sidek ketika sidang media di Kementerian Pendidikan pada Khamis berkata, kerajaan berpandangan MPPK dapat memberi idea kepada Kementerian Pendidikan dalam merangka dan menambah baik hala tuju sistem pendidikan negara.

“Perkara ini termasuklah memikirkan kesinambungan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang akan berakhir pada 2025,” katanya.

Turut hadir pada sidang media itu adalah timbalannya Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Yusran Shah Mohd Yusof.

Sementara itu menurut Fadhlina, MPPK termaktub bawah Akta Pendidikan 1996 dan pengaktifan semula itu sebahagian daripada hala tuju kementeriannya bagi memastikan pendekatan holistik diambil, membabitkan konsultasi dengan rakan strategik dan pihak berkepentingan.

Pada 2018, Menteri Pendidikan ketika itu, Maszlee Malik melantik 11 anggota bagi sesi 2018-2020 MPPK, yang diketuai bekas ketua pengarah pendidikan Wan Zahid Noordin dan Yong Poh Kon sebagai timbalannya.

Langkah memastikan sistem pendidikan ditambah baik


Anggota lain termasuk Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Untuk Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Rahim, pakar pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), Boonler Somchit serta penasihat pendidikan Khazanah Nasional Berhad, Satinah Syed Saleh.


MPPK bertindak dengan menasihati Menteri Pendidikan dalam semua perkara yang berkaitan dengan pendidikan, daripada peringkat prasekolah sehinggalah ke peringkat pendidikan tinggi.

Post a Comment

0 Comments