Diplomat diharap bawa pendekatan segar tarik pelabur

 


PERWAKILAN diplomatik Malaysia ke luar negara yang baharu dilantik dihadap dapat membawa pendekatan lebih segar dalam usaha menarik kembali pelaburan asing ke Malaysia.

Harapan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi catatan di laman Facebooknya selepas menerima kunjungan hormat Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke luar negara yang baharu di Putrajaya semalam.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada mereka dan semoga dapat membawa nama negara terkait hala tuju dasar luar ke tahap yang lebih baik,” kata Anwar dalam catatan itu.

Difahamkan, antara yang hadir pada pertemuan itu ialah Duta Besar Malaysia ke Vietnam Datuk Tan Yang Thai, Duta Besar Malaysia ke Jerman Dr Adina Kamarudin, Duta Besar Malaysia ke Senegal Datuk Zainal Izran Zahari, Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan Mohd Adli Abdullah dan Duta Besar Malaysia ke Laos Edi Irwan Mahmud.

PM luang masa rai kehadiran diplomat


Selain itu, Duta Besar Malaysia ke Jordan Mohamad Nasri Abdul Rahman, Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan Ilham Tuah Illias, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Mohammad Azhar Mazlan, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand Mazita Marzuki dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka Badli Hisham Adam turut hadir.


Terdahulu pada 2 Disember lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 11 perwakilan Malaysia ke luar negara di Istana Negara.

Post a Comment

0 Comments