Tak malukan pemimpin PN bising pasal perjanjian orang lain?



SEORANG penganalisis politik mengkritik tindakan pihak tertentu yang mempersoal kandungan perjanjian persefahaman parti gabungan kerajaan yang ditandatangani pada Jumaat,

Shahbudin Husin melalui blognya berkata, setakat ini belum ada mana-mana Ahli Parlimen daripada lima parti yang menandatangani perjanjian persefahaman semalam tampil membantah perkara tersebut.

Yang kedengaran bising jelasnya hanyalah pemimpin daripada Bersatu dan juga PAS.

"Kalau Ahli Parlimen yang terkait secara langsung dengan perjanjian itu pun tidak membantah, kenapa orang yang tiada kena-mengena harus menyibuk dan meroyan?

"Lainlah jika ada seorang dua Ahli Parlimen daripada lima parti yang terlibat dalam perjanjian itu tampil membuat bantahan, barulah ternampak munasabah riuh rendah itu.

"Ini tidak, mereka bising dan membantah bagai nak runtuh langit dibuatnya, tetapi untuk apa dan untuk siapa?"jelasnya.

Beliau turut berpandangan sikap tidak membantah ditunjukkan kesemua pihak yang bersama dalam perjanjian itu secara  langsung  memberi isyarat mereka patuh dan akur dengan ketetapan parti masing-masing untuk menyokong usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada 19 Disember ini.

Terdahulu, pemimpin parti Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin menuduh perjanjian itu sebagai haram, tidak berperlembagaan dan bahaya dikuatkuasakan.

Perjanjian yang ‘memaksa’ ahli-ahli Dewan Rakyat supaya mengundi Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui usul undi percaya Perdana Menteri itu menurutnya dikhuatiri membawa kepada pemerintahan berbentuk diktator.

Rakyat tak mahu k'jaan diruntuhkan lagi
Pada Jumaat, lima gabungan politik menyatakan komitmen mereka menyokong Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar bagi mengelakkan ketidaktentuan politik pada masa depan.

Antara lain  matlamat perjanjian tersebut ialah gabungan itu bersetuju menjunjung kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan memelihara serta mempertahankan Perlembagaan Persekutua


Shahbudin sementara itu menegaskan perjanjian itu sekaligus mengkehendaki Ahli Parlimen memberikan undi percaya kepada perdana menteri, ia satu tindakan yang bertujuan mengangkat nilai, wibawa serta martabat Ahli Parlimen sebagai pemimpin yang taat dan setia kepada Raja, selain patuh serta akur dengan sebarang keputusan parti dan bukan pemimpin lalang yang mudah goyah pendirian.

"Mudah kata, perjanjian persefahaman itu adalah sebagai pelengkap kepada sokongan yang yang telah diikrarkan oleh parti masing-masing kepada Agong ketika proses pembentukan kerajaan perpaduan sebelum ini.

"Ini kerana, semua parti berkenaan sudah pun menyatakan persetujuan terhadap Yang Dipertuan Agong untuk membentuk kerajaan perpaduan, sekaligus mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.

"Tentulah tidak masuk akal, bahkan suatu lawak jenaka jadinya jika hanya tidak sampai sebulan selepas mereka menyatakan sokongan kepada Anwar itu, tiba-tiba keputusannya berbeza dalam undian usul percaya di Parlimen nanti. Untuk mengelakkan kemungkinan itulah maka perlu dimetrai suatu perjanjian untuk dipatuhi," tegasnya sambil menegaskan kandungan perjanjian itu wajar dan relevan.
 
"Tak malukah mereka membuat bising itu sedangkan Ahli Parlimen daripada lima parti terbabit hanya diam dan nampak tenang saja.

"Pastinya mereka akan lebih dimalukan jika Isnin nanti semua Ahli Parlimen daripada lima parti berkenaan akhinya sebulat suara memberi sokongan kepada usul percaya mengekalkan Anwar sebagai Perdana Menteri itu. Mana mereka nak letak muka?" tambahnya lagi.


Post a Comment

0 Comments