Soladiriti dengan mengsa banjir, PM batal sambutan tahun baharu

 


PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 di Dataran Merdeka pada 31 Dis ini.

Keputusan itu menurut Anwar sebagai solidariti kepada rakyat di beberapa negeri yang dilanda musibah banjir.  

"Oleh kerana keadaan banjir dan kesusahan rakyat, kita putuskan sambutan besar-besaran ambang Tahun Baharu 31 Disember di Dataran Merdeka dibatalkan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet di Putrajaya hari ini. 

Terdahulu Anwar telah mengarahkan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membuat tinjauan awal di kedua-dua negeri itu pagi ini bagi mengatur beberapa tindakan segera dan memberi laporan kepada jemaah Menteri berhubung situasi di kawasan terbabit.
 
“Tentunya dalam mesyuarat Jemaah Kabinet (hari ini) tertumpu soal banjir di Kelantan dan Terengganu. TPM Ahmad Zahid dah sampai ke sana, memantau dan mengambil beberapa tindakan segera, dan lapor kepada Jemaah Menteri," jelasnya.

Anwar sendiri petang ini dilapor telah berada di Kelantan bagi meninjau kawasan terjejas banjir di Sungai Lubok Jong dan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Tengku Panglima Raja, Pasir Mas.

Dijangka lebih banyak pengumuman dan tindakan berkaitan soal banjir yang berlaku di pantai timur, khususnya di Kelantan dan Terengganu akan dibuat selepas lawatan itu.

PM dengar sendiri keluhan rakyat Kelantan
"Saya akan ke Kelantan dan pengumuman (berkaitan) banjir akan diumumkan di sana setelah mendengar pandangan di lapangan dan kerajaan negeri,” katanya.

Kerajaan pimpinan Anwar pada Selasa mengumumkan RM400 juta peruntukan disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk menyelaras operasi dan bantuan di kawasan terjejas banjir di seluruh negara.

Post a Comment

0 Comments