Tanah runtuh: Waris yang layak akan terima bantuan faedah Perkeso


WARIS Allahyarham Nurul Azwani Kamarulzaman yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor, Jumaat lepas, layak menerima bantuan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata, waris Nurul Azwani layak menerima bantuan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dan bayaran berkala Pencen Penakat menerusi bantuan Skim Keilatan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

"Puan Siti Esah Hassan, ibu kepada Nurul Azwani layak menerima FPM sebanyak RM2,000 untuk sekali bayar dan bayaran berkala Pencen Penakat berjumlah lebih kurang RM238 sebulan, untuk seumur hidup," katanya kepada pemberita.

Sivakumar hadir menyampaikan bantuan faedah kepada waris di kediaman keluarga Nurul Azwani di Kampung Batu 5 di Kuala Lumpur semalam.

Nurul Azwani yang bekerja sebagai pembantu kantin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mun Choong antara mangsa disahkan terkorban dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm pada Jumaat.

Jenazahnya selamat di kebumikan  di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (KL-Karak), Taman Selasih di Gombak pada malah Sabtu.

Seramai 24 mangsa disahkan terkorban setakat ini manakala 61 selamat daripada keseluruhan 94 mangsa. 9 mangsa masih belum ditemui.
Sivakumar zahirkan rasa simpati kepada keluar


Selain itu, Sivakumar berkata lima lagi mangsa yang terkorban dalam tragedi menyayat hati itu telah dikenal pasti Perkeso untuk waris menerima FPM, yang masing-masing berjumlah RM2,000 dan Pencen Penakat dengan anggaran sebanyak RM475 hingga RM2,500 sebulan.


"Penyerahan faedah kepada waris lima mangsa yang lain akan dilakukan dalam masa terdekat," katanya yang turut menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa terlibat.

Beliau sementara itu berharap perlindungan Perkeso dapat meringankan bebanan yang ditanggung waris mangsa.

Post a Comment

0 Comments