MENTERI Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad membidas beberapa kenyataan yang mempersoal keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang portfolio kewangan.
Nik Nazmi berkata, pengalaman Anwar sebagai menteri kewangan ketika krisis ekonomi pada tahun 1990-an amat diperlukan bagi menghadapi cabaran ekonomi yang dihadapi negara ketika ini.
"Memikirkan soal ekonomi yang sangat tidak stabil, Anwar layak kerana dia pernah mengemudi negara pada era 1990-an (zaman krisis ekonomi), jadi kita harap dengan pengalaman itu sangat penting seseorang seperti Anwar, untuk mengemudi ekonomi negara,” kata ahli parlimen Setiawangsa itu.
Nik Nazmin berkata demikian ketika majlis pelancaran buku “Anak Malaysia: Sebuah Perjalanan Politik Progresif” oleh bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik di Pesta Buku Antarabangsa Selangor di Shah Alam semalam.
Sebagai rekod, Anwar pernah menjadi menteri kewangan dari 1991 hingga 1998 dan timbalan perdana menteri dari 1993 hingga 1998.Yakin Anwar mampu pulihkan semula ekonomi
Ahli parlimen Tambun itu juga pernah diiktiraf sebagai menteri kewangan terbaik Asia pada tahun 1990-an.
0 Comments