Beliau mendakwa PM lebih menumpu atau terlalu fokus kepada aktivit sosial. Apalah bengap sangat.
YAB Perdana Menteri
sebenarnya telah mengambil tindakan sangat awlawiyat iaini memberi
keutamaan kepada penyelesaian isu utama rakyat pada ketika ini, iaini
bebanan kehidupan rakyat. Ini bukan agenda menyediakan “mi celup”
seperti yang dilaksanakan kerajaan terdahulu.
Ia memerlukan YAB PM
bersama pasukan kementerian memberikan taklimat, menyusun strategi,
mencerakinkan strategi dan bertindak.
YAB PM telah memberikan masa dua minggu kepada pasukannya
untuk mencari jalan penyelesaian yang melibatkan banyak perkara.
Termasuk isu subsidi, kecukupan bahan makanan, keselamatan makanan (food
security), harga mampu bagi rakyat tanpa membebankan peniaga dan rakyat
(win-win), kelestarian (sustainability) dan pelan jangka pendek dan
jangka panjang.
Ia memerlukan ketelitian dan runding-cara yang telus
serta pendekatan strategik lagi dinamik. Perdana Menteri patut di puji
kerana usaha dan jiwa rakyatnya, bukannya di tohmah.
Jangan jadi seperti
“katak ditimpa kemarau”, berkeluh kesah dalam hal yang anda tidak perlu
perihatin pun, kerana selama ini pun anda tidak perihatin terhadap
rakyat.
Cubalah berlapang dada dan perhatikan keyakinan
antarabangsa terhadap pasaran saham dan kedudukan matawang. Bloomberg
melaporkan sebaik sahaja DSAI mengangkat sumpah, ringgit melonjak
sebanyak 0.9% dan terus meningkat, pasaran saham rancak kerana timbul
keyakinan.
Tindakan dan ulasan-ulasan bodoh tanpa data dan fakta hanya
akan menghuru-harakan pemikiran rakyat, sedangkan negara kini bergerak
secara progresif. Hentikanlah ulasan dan bebelan anda, kerana ia amat
kotor dan paling tidak bertanggung-jawab.
Ketaksuban yang
melampau-lampau hanyalah usaha untuk mengkhianati kerajaan sedia-ada.
Sudahlah
menyatakan kerajaan perpaduan ini ‘kerajaan zina’ dengan memberikan
alasan kebebasan bersuara. Mana akhlak dan tarbiyah anda. Ini amat
keterlaluan. Kemudian muncul pula tohmahan bahawa kabinet ini adalah
“kerajaan luar tabii”. Sedang apa yang dipersembahkan dan dikenankan
oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, adalah “Kabinet
Perpaduan”.
Sedang anda menolak “olive branch” perpaduan yang
dihulurkan, maka janganlah terus-terusan mahu merungkai perpaduan yang
sedang dibina dan diperkukuh. Hentikan gerak saraf anda untuk
menghancurkan perpaduan dan kerajaan Malaysia. Berjiwa besarlah.
Kerajaan
ini adalah kerajaan Malaysia, kerajaan yang sah dengan perkenan SPB
YDA. Perdana Menteri telah mengangkat sumua, semua prosesnya sah di sisi
perlembagaan negara. Kabinet juga telah dibentuk, dengan perkenan SPB
YDA. Ia bukan kerajaan tebuk atap lagi.
Sudah, sudahlah menggerakkan apa
jua langkah untuk meruntuhkan kerajaan yang sedang bertungkus lumus
memulihkan ekonomi, memperbaiki tadbir urus negara, reformasi
pentadbiran dan menangani kos sara hidup rakyat. Jadilah pembangkang
yang bermaruah kerana anda memilih untuk menjadi pembangkang.
Jadilah
pembangkang yang berfakta dan mempunyai data untuk membantu kerajaan
dalam proses semak-imbang. Bukan pembangkang mulut busuk, jiwa rosak dan
hati penuh kedengkian.
Rakyat mahukan kepimpinan yang sopan berakhlak, bukan yang memperagakan perut buncit di khalayak tanpa baju.
Rakyat mahukan ulama’ yang benar, bukan
ulama’ yang berfikiran sempit, senget dan tidak habis-habis
membangkitkan keresahan supaya langkah diambil untuk meruntuhkan
kerajaan.
![]() |
Pemimpin kalah digesa terima kenyataan |
Janganlah meroyan, kerana meroyan itu masalah mental yang serius. Tanda-tanda itu telah kelihatan.
Jangan meroyan
kenana tulisan ini bukan dari anggota DAP tetapi kerana kecintaan kepada
kebenaran dan mahukan reformasi institusi yang terbaik untuk rakyat dan
negara. Pakukan anda yang telah menebuk atap dahulu telah terbukti
gagal melaksanakannya.
DR SHAHNOR BASRI merupakan Fellow Islamic Academy of Science, yang berpengkalan di Jordan.
Penulisan ini merupakan pandangan penulis dan ia tidak mengambarkan pendirian rasmi Kartelmedia.