S'gor dan Negeri Sembilan umum 18 Nov cuti


NEGERI ditadbir Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengumumkan 18 November ini sebagai cuti umum.

Keputusan itu dibat kerajaan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan bagi memudahkan pengundi yang menetap dan bekerja di negeri itu pulang mengundi ke kampung halaman mereka.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari pada sidang media semalam berkata cuti itu terpakai bagi sektor awam dan swasta di negeri itu.

Perkara sama turut disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Razali Ab Malik.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan yang bersidang pada 9 Nov 2022 telah bersetuju untuk memberikan cuti umum pada 18 Nov, sehari sebelum pilihan raya umum ke-15,” katanya.

Dalam perkembangan sama, bekas menteri sumber manusia, M Kula Segaran turut menggesa majikan mengambil inisiatif dengan membenarkan pekerja yang perlu keluar dari Lembah Klang pulang awal pada 18 Nov ini bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

Selain itu katanya, majikan juga wajar membenarkan pekerja bekerja dari rumah pada 18 Nov ini supaya mereka boleh segera pulang ke kampung selepas habis waktu kerja.

Langkah galak orang ramai balik mengundi
Memandangkan ramai pengundi terpaksa menempuh perjalanan jauh untuk pulang mengundi beliau turut menggesa gaji diberi lebih awal memandangkan ada antara pengundi tidak mempunyai wang mencukupi untuk pulang mengundi.
 
“Saya faham bukan semua syarikat mampu berbuat demikian, tetapi saya merayu anda mencuba demi nasib negara bagi lima tahun akan datang,” katanya dalam kenyataan.





Post a Comment

0 Comments