TIMBALAN PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Rafizi Ramli menyifatkan menteri alam sekitar dan air Tuan Ibrahim Tuan Man gagal menjawab isu dibangkitkannya berhubung penganugerahan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion.
Pada satu sidang media di Petaling Jaya semalam, Rafizi berkata kenyatan Tun Ibrahim hanya bersifat penafian mudah dan tidak menjawab tiga perkara pokok dalam isu berkenaan.
Tambahnya, pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu juga tidak membuat penafian mengenai pelantikan sebuah syarikat kontraktor didakwa kroni UMNO dalam projek tebatan banjir Krubong-Durian Tunggal bernilai RM578.6 bilion.
“Tuan Ibrahim juga tidak menafikan dokumen yang menyenaraikan dua projek besar melibatkan syarikat kontraktor itu adalah milik kerajaan.
“Kegagalan itu sekali gus mengesahkan yang kementeriannya memang menyenarai pendek syarikat itu sebagai kontraktor projek tebatan banjir Sungai Langat 2 di samping proses dalaman yang turut mengesyorkan pelantikan secara rundingan terus tanpa tender terbuka,” katanya dipetik laporan Utusan.
Rafizi sebelum ini mendakwa Kementerian diketuai Timbalan presiden PAS itu dalam proses untuk menganugerahkan projek secara rundingan terus ketika pentadbiran kerajaan sementara.
Tuan Ibrahim menafikan dakwaan itu dengan berkata semua proses perolehan atau rundingan dengan pihak kontraktor ditangguhkan sebaik sahaja kerajaan dibubarkan pada 10 Oktober lalu.
Walau bagaimanapun Rafizi mendakwa Tuan Ibrahim bertindak menafikan mengetahui lebih lanjut mengenai projek itu walaupun terdapat dokumen yang ditandatanganinya, iaitu Surat Setuju Terima (SST) bertarikh 30 Ogos tahun lalu.
"Sebab saya mengetengahkan isu ini ialah perbincangan dan proses masih berterusan dan terdapat usaha kerajaan sementara untuk menganugerahkan projek yang menyalahi undang-undang," katanya lagi.
Rafizi ketika mengulas cadangan Tuan Ibrahim supaya beliau membuat laporan SPRM berhubung dakwaanya berkata pengalaman selama 11 tahun mendedahkan pelbagai skandal kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui kegagalan kerana tiada sebarang tindakan dibuat
"SPRM hanya akan mengklasifikasikannya sebagai NFA sehingga skandal itu didedahkan dengan cara ini dan ia menimbulkan kemarahan orang ramai," kata Rafizi, sambil menambah bahawa orang ramai akan menjadi 'hakim terbaik' dalam mempercepatkan isu berkenaan.
Pada satu sidang media di Petaling Jaya semalam, Rafizi berkata kenyatan Tun Ibrahim hanya bersifat penafian mudah dan tidak menjawab tiga perkara pokok dalam isu berkenaan.
Tambahnya, pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu juga tidak membuat penafian mengenai pelantikan sebuah syarikat kontraktor didakwa kroni UMNO dalam projek tebatan banjir Krubong-Durian Tunggal bernilai RM578.6 bilion.
“Tuan Ibrahim juga tidak menafikan dokumen yang menyenaraikan dua projek besar melibatkan syarikat kontraktor itu adalah milik kerajaan.
“Kegagalan itu sekali gus mengesahkan yang kementeriannya memang menyenarai pendek syarikat itu sebagai kontraktor projek tebatan banjir Sungai Langat 2 di samping proses dalaman yang turut mengesyorkan pelantikan secara rundingan terus tanpa tender terbuka,” katanya dipetik laporan Utusan.
Rafizi sebelum ini mendakwa Kementerian diketuai Timbalan presiden PAS itu dalam proses untuk menganugerahkan projek secara rundingan terus ketika pentadbiran kerajaan sementara.
Tuan Ibrahim menafikan dakwaan itu dengan berkata semua proses perolehan atau rundingan dengan pihak kontraktor ditangguhkan sebaik sahaja kerajaan dibubarkan pada 10 Oktober lalu.
Walau bagaimanapun Rafizi mendakwa Tuan Ibrahim bertindak menafikan mengetahui lebih lanjut mengenai projek itu walaupun terdapat dokumen yang ditandatanganinya, iaitu Surat Setuju Terima (SST) bertarikh 30 Ogos tahun lalu.
"Sebab saya mengetengahkan isu ini ialah perbincangan dan proses masih berterusan dan terdapat usaha kerajaan sementara untuk menganugerahkan projek yang menyalahi undang-undang," katanya lagi.
Rafizi dakwa syarikat terbabit ada masalah |

0 Comments