Tiada lagi lantunan pantun dari uncle Soh


PENYOKONG
tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terkenal dengan pantun dan puisinya yang mengajak rakyat menyelamatkan negara daripada rasuah dilapor meninggal dunia.

Saw Hock Hin yang sering menghadiri siri-siri demonstrasi di Lembah Klang dan dikenali ramai penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) dilapor menghembuskan nafas terakhirnya semalam.

Anaknya Wen Zee berkata bapanya yang sedang menjalani rawatan barah mendapat serangan jantung yang membawa maut pada umur 73 tahun.

“Dia ada kawan-kawan yang mempunyai pandangan politik sama. Mereka sering lepak bersama-sama, berbincang dan menggubah puisi.

“Mereka keluar protes demi negara,” kata Wen Zee dipetik laporan Malaysiakini.
 
Hock Hin merupakan salah seorang yang hadir di luar penjara ketika Anwar Ibrahim yang merupakan tokoh reformasi dibebaskan daripada penjara pada 2004–20 tahun lalu.

“Katanya dia orang pertama yang anwar nampak. Dia bersalam dengan Anwar dan amat gembira kerana Anwar keluar (dari penjara,” kata Wen Zee.

Acara perkabungan akan berlangsung selama tiga hari dari semalam hingga 11 November di Nirvana 2, Kuala Lumpur.

Sementara itu Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) melalui perkongsian di laman Facebooknya turut berkongsikan berita sedih itu.

Uncle Soh sering memeriahkan himpunan
"Saya ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) ziarah Otai Reformasi Uncle Soh yang meninggal dunia pagi ini. Uncle Soh, atau nama penuhnya Saw Hock Hin yang juga dikenali sebagai Uncle Pantun, meninggal dunia pada usia 72 tahun akibat serangan jantung dan barah.

"Takziah diucapkan kepada isteri dan keluarga beliau, semoga tabah hadapi ujian besar ini," tulis calon HARAPAN bagi kerusi Parlimen Bandar Tun Razak itu.

Post a Comment

0 Comments