MALAYSIA dibawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus komited memperjuangkan isu kesejahteraan rakyat Palestin di persada antarabangsa.
Menurut Anwar menerusi Twitternya, pendirian itu telah dinyatakan ketika menerima panggilan telefon daripada pimpinan Hamas, Khaled Mesh’al.
Terdahulu Anwar menerima ucapan tahniah dari pemimpin Palestin, antaranya bekas perdana menteri pihak berkuasa Palestin, Ismail Haniyeh.
Haniyeh dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya akan terus mendoakan Anwar agar terus berjaya dalam memimpin Malaysia dan berkhidmat untuk umat Islam.
BACA: Kejayaan Anwar jadi inspirasi untuk Palestin
Beliau juga menghargai sokongan yang diberikan oleh Anwar dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin dan Masjid Al-Aqsa.
Anwar ada hubungan baik dengan Palestin |
Pengerusi PCOM, Muslim Imran dalam satu kenyataan berkata, Anwar menjadi contoh kesungguah mencapai cita-cita dan telah memberi inspirasi kepada rakyat Palestin.
0 Comments