SEORANG penganalisis berpandangan bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah membuat tindakan tepat apabila memberi penekanan berhubung hala tuju dasar luar Malaysia ketika sidang akhbar pertamanya
Thomas Benjamin Daniel daripada Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa dipetik laporan media berkata, tindakan itu dapat dilihat apabila Anwar menyatakan kepentingan untuk mengukuhkan hubungan dengan China yang disifatkan sebagai “jiran penting”.
Anwar jelasnya telah memberi isyarat akan berusaha memperkasakan hubungan antara Malaysia-China, selain mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi utama lain seperti Amerika Syarikat, negara Eropah, India dan Asean.
“Adalah baik bahawa Anwar telah memberi isyarat pengiktirafannya terhadap hubungan dua hala dengan semua pihak,” katanya dipetik laporan portal FMT.
Walaupun menyambut baik tindakan Anwar itu, pakar hubungan antarabangsa Universiti Malaya, Collins Chong berkata, Anwar masih perlu bersikap cermat dalam menguruskan hubungan antara Malaysia dengan China terutama melibatkan hal ehwal ekonomi dan keselamatan.
“Sekiranya pendekatan dan skop hubungan dengan China tidak dikendalikan dengan baik, berjuta-juta nyawa dan mata pencarian akan terjejas, termasuk pemain minyak sawit dan pemegang saham serta banyak lagi dalam keseluruhan spektrum ekonomi,” katanya.
Justeru, beliau percaya perkara ini memerlukan kepelbagaian melibatkan kerjasama yang lebih erat dengan negara-negara besar lain serta jiran tetangga di rantau ini.
“(Tentunya) beliau (Anwar) akan memperluaskan proses kepelbagaian pergantungan ekonomi dan perdagangan kita dengan pemain ekonomi utama lain di Asean, India, dan Amerika dalam mempelbagaikan ekonomi kita dengan pelbagai negara,” katanya dipetik.
Selain China, Anwar mahu memperkukuh hubungan politik dan ekonomi dengan negara serantau terutama Indonesia, Singapura dan Filipina.
Beliau turut bercadang menjalin hubungan lebih akrab dengan dunia Arab dan negara benua Afrika.
Thomas Benjamin Daniel daripada Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa dipetik laporan media berkata, tindakan itu dapat dilihat apabila Anwar menyatakan kepentingan untuk mengukuhkan hubungan dengan China yang disifatkan sebagai “jiran penting”.
Anwar jelasnya telah memberi isyarat akan berusaha memperkasakan hubungan antara Malaysia-China, selain mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi utama lain seperti Amerika Syarikat, negara Eropah, India dan Asean.
“Adalah baik bahawa Anwar telah memberi isyarat pengiktirafannya terhadap hubungan dua hala dengan semua pihak,” katanya dipetik laporan portal FMT.
Walaupun menyambut baik tindakan Anwar itu, pakar hubungan antarabangsa Universiti Malaya, Collins Chong berkata, Anwar masih perlu bersikap cermat dalam menguruskan hubungan antara Malaysia dengan China terutama melibatkan hal ehwal ekonomi dan keselamatan.
“Sekiranya pendekatan dan skop hubungan dengan China tidak dikendalikan dengan baik, berjuta-juta nyawa dan mata pencarian akan terjejas, termasuk pemain minyak sawit dan pemegang saham serta banyak lagi dalam keseluruhan spektrum ekonomi,” katanya.
Justeru, beliau percaya perkara ini memerlukan kepelbagaian melibatkan kerjasama yang lebih erat dengan negara-negara besar lain serta jiran tetangga di rantau ini.
Rakyat harap M'sia disegani dunia semula |

0 Comments