WARTAWAN veteran, Kadir Jasin mendakwa PAS bersikap pragmatik dan oportunistik sehingga sanggup 'mengetepikan moral' ketika menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Dipetik laporan FMT, Kadir berkata hingga ke saat akhir penentuan pakatan pilihan raya, PAS masih bermain “kayu tiga” dengan Bersatu dan UMNO, bagaimanapun mereka memilih bersama parti dipimpin Mahiaddin Md Yassin menerusi Perikatan Nasional (PN) kerana “kurang bermasalah” dan ada “sumber kewangan”.
“Ada orang kata, PAS pandai strategi pilihan raya. Saya kata, PAS adalah ‘unscrupulous’ (ketepi prinsip moral) dan pada masa yang sama, pragmatik dan oportunistik.
"Boleh kata tidak ada parti yang PAS tidak memadu cinta berahi dalam sejarah kewujudannya – dengan BN zaman Almarhum Tun Abdul Razak, Semangat 46, KEADILAN dan DAP.
“Namun, tidak semua yang PAS rancang dan diidamkan berlaku. Walaupun menang besar, tetapi rakan-rakan kongsinya gagal.
"Lantas matlamat mencapai kemenangan mutlak atau setidak-tidaknya kerusi terbanyak gagal dicapai,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.
Menyentuh mengenai kedudukan PAS dalam PN, Kadir berkata itu satu tindakan tepat mereka berada dalam gabungan ditunjangi parti Bersatu itu.
Sambil menyifatkan nasib Bersatu adalah serupa dengan apa yang dilalui UMNO sekarang, PAS jelasnya menerima nasib sebaliknya apabila gabungan dengan PN dapat lebih memperkukuh kedudukan mereka.
Dalam PN, PAS lebih dominan dari Bersatu |
Kadir juga berkata keputusan PN untuk tidak menyertai kerajaan perpaduan dan mahu bertindak sebagai pembangkang juga membawa kebaikan kepada perjalanan pentadbiran hari ini.
Dengan mengambil peranan semak imbang. ia dapat menghalang dari kerajaan membuat keputusan yang tidak menguntungkan rakyat.
0 Comments