Berhati-hati dengan hantaran bantuan palsu


PENGGUNA
media sosial digesa berhati-hati poster palsu pemberian bantuan kepada rakyat yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp dan Twitter.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (HARAPAN), Fahmi Fadzil berkata antara poster yang disebarkan adalah berkaitan pemberian bantuan sara hidup (BSH), bantuan khas RM700 dikreditkan sebelum akhir tahun, program bantuan makanan MyKasih RM100 selama tiga bulan dan meluluskan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) khas secara bersasar.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, tiada pengumum dari kerajaan mengenai apa yang ditularkan pihak tidak bertanggungjawab itu.
 
"Banyak berita palsu sedang disebar dalam WhatsApp.

"Perdana Menteri baru adakan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) pertama hari ini, tiada pengumuman seperti ini. Harap maklum," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Ahad.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad mengadakan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 bersama jabatan dan agensi kerajaan bagi membincangkan isu kos sara hidup yang menekan rakyat.

Dapatkan maklumat sahih, jangan mudah tertipu
Hasil mesyuarat itu beliau memberikan tempoh selama dua minggu kepada jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mengkaji dan melihat implikasi jika subsidi bersasar dilaksanakan melibatkan beberapa keperluan utama rakyat negara ini.

Menurutnya, buat masa ini beberapa subsidi yang dilaksanakan seperti minyak dan tarif elektrik untuk golongan yang layak turut diambik kesempatan golongan kaya dan industri besar.

Post a Comment

0 Comments