PARTI Warisan negeri Kedah dilapor telah memberi arahan kepada jenteranya untuk membantu calon Pakatan Harapan (HARAPAN), Dr Mohamad Sofee Razak pada pilihan raya di Parlimen Padang Serai,
Ketuanya, Fadzil Hanafi berkata, kerjasama itu bagi membolehkan kemenangan dapat “dihadiahkan” kepada Anwar Ibrahim yang baharu dilantik sebagai perdana menteri ke-10.
“Selaras dengan kesediaan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyokong kerajaan perpaduan atas titah Yang di-Pertuan Agong, maka jentera parti di Kedah turut berkempen dan akan memberi sokongan untuk memastikan kemenangan calon HARAPAN,” katana menurut laporan Utusan Malaysia.
Warisan sebelum ini meletakkan calon, Mohd Bakhri Hashim.
Susulan pembentukan kerajaan perpaduan yang turut disertai parti itu, Setiausaha Agung-nya Warisan Loretto Padua pada Khamis berkata mereka memutuskan untuk tidak bertanding dan keputusan itu dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Tambahnya, dengan Pengerusi HARAPAN kini mengetuai pentadbiran negara, semua pihak terutama orang Melayu dan Islam.tegasnya wajar menghormati dan memberi sokongan kepada kepimpinn perdana menteri itu.
Pendirian Warisan menyokong calon HARAPAN juga selaras dengan manifesto Warisan Kedah yang mahu melahirkan perpaduan dan kesatuan ummah.
“Saranan umat Islam bersatu merupakan tuntutan. Setiap minggu menerusi khutbah Jumaat, mimbar akan berpesan bahawa ‘berpegang teguhlah kamu pada tali Allah (Islam) dan jangan berpecah belah’,” katanya.
Hari mengundi bagi kawasan Parlimen Padang Serai ditunda kepada 7 Disember susulan kematian calon HARAPAN sebelum ini, mendiang M. Karupaiya pada 16 November lalu yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kulim.
HARAPAN menggantikan Krupaiya dengan Mohamad Sofee Razak bagi berhadapan calon Perikatan Nasional (PB) Azman Nasruddin.
Selain kedua-dua mereka, calon Barisan Nasional (BN) C. Sivaraajh Hamzah Abd Rahman (Pejuang) dan calon Bebas Sreanandha Rao turut cuba merampas kerusi itu.
Mohamad Sofee Razak sebelum ini mengharapkan pucuk pimpinan partinya dan Barisan Nasional (BN) mengadakan perbincangan untuk menentukan hala tuju berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di kawasan itu.
Setiausaha HARAPAN Kedah berkata, beliau secara peribadi menaruh harapan agar BN memberi kompromi untuk mereka berdepan secara satu lawan satu dengan PN di situ.
Ketuanya, Fadzil Hanafi berkata, kerjasama itu bagi membolehkan kemenangan dapat “dihadiahkan” kepada Anwar Ibrahim yang baharu dilantik sebagai perdana menteri ke-10.
“Selaras dengan kesediaan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyokong kerajaan perpaduan atas titah Yang di-Pertuan Agong, maka jentera parti di Kedah turut berkempen dan akan memberi sokongan untuk memastikan kemenangan calon HARAPAN,” katana menurut laporan Utusan Malaysia.
Warisan sebelum ini meletakkan calon, Mohd Bakhri Hashim.
Susulan pembentukan kerajaan perpaduan yang turut disertai parti itu, Setiausaha Agung-nya Warisan Loretto Padua pada Khamis berkata mereka memutuskan untuk tidak bertanding dan keputusan itu dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Tambahnya, dengan Pengerusi HARAPAN kini mengetuai pentadbiran negara, semua pihak terutama orang Melayu dan Islam.tegasnya wajar menghormati dan memberi sokongan kepada kepimpinn perdana menteri itu.
Pendirian Warisan menyokong calon HARAPAN juga selaras dengan manifesto Warisan Kedah yang mahu melahirkan perpaduan dan kesatuan ummah.
“Saranan umat Islam bersatu merupakan tuntutan. Setiap minggu menerusi khutbah Jumaat, mimbar akan berpesan bahawa ‘berpegang teguhlah kamu pada tali Allah (Islam) dan jangan berpecah belah’,” katanya.
Hari mengundi bagi kawasan Parlimen Padang Serai ditunda kepada 7 Disember susulan kematian calon HARAPAN sebelum ini, mendiang M. Karupaiya pada 16 November lalu yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kulim.
HARAPAN menggantikan Krupaiya dengan Mohamad Sofee Razak bagi berhadapan calon Perikatan Nasional (PB) Azman Nasruddin.
Selain kedua-dua mereka, calon Barisan Nasional (BN) C. Sivaraajh Hamzah Abd Rahman (Pejuang) dan calon Bebas Sreanandha Rao turut cuba merampas kerusi itu.
Biar HARAPAN lawan PN di Padang Serai |

0 Comments