Kejayaan Anwar jadi inspirasi untuk Palestin - PCOM


PERTUBUHAN Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikkanya sebagai Perdana Menteri ke-10.

Pengerusi PCOM, Muslim Imran dalam satu kenyataan berkata pihaknya merakamkan penghargaan kepada Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN).

Anwar jelasnya telah menjadi sahabat baik Palestin atas sokongan beliau terhadap hak rakyat Palestin dan dengan perjalanan panjang serta kesukaran dihadapi Anwar demi mencapai cita-citanya telah memberi inspirasi kepada rakyat Palestin.

Mereka turut berharap, dengan pelantikan Anwar sebagai pemimpin utama Malaysia, kedua-dua pihak dapat memperkukuh hubungan erat demi keamanan dan persahabatan.

PCOM turut berharap dapat meningkatkan kerjasama pelbagai bidang antara Palestin dan Malaysia berdasarkan hubungan luar biasa, sokongan dan persaudaraan.
 
"Kami mengucapkan selamat maju jaya dalam memikul tanggungjawab dan cabaran baharu. Kami memuji kesediaan anda untuk berkhidmat kepada rakyat dan memimpin negara ke arah masa depan lebih cerah dan baik.

"Kami mendoakan (Anwar) dan rakyat Malaysia dikurniakan kesihatan, kejayaan, keamanan, kestabilan, kemajuan dan kemakmuran,” katanya.

Sebaik Anwar mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri, beliau dihubungi pemimpin besar dunia bagi menyampaikan ucapan tahniah.

Paling awal menghubungi Anwar adalah Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi, sahabat baiknya, Presiden Turki, Recep Tayyip ErdoÄŸan, perdana menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Presiden Filipina, Ferdinand 'Bongbong'Marcos Jr.

Semalam India dan Pakistan turut menyampaikan ucapan tahniah dan menyuarakan harapan untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang baharu dilantik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan beliau untuk mengeratkan lagi hubungan yang sudah lama terjalin antara kedua-dua negara," kata Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif menerusi Twitter

"Afghanistan dan Malaysia, negara Islam yang menjalinkan hubungan persahabatan sejak 1957. Malaysia mempunyai kedudukan istimewa dalam dasar luar IEA (Emiriah Islam Afghanistan) dan kami bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan baharu dalam beberapa bidang," menurut Kementerian Hal Ehwal Luar Pakistan pula.  

Turut mengucapkan tahniah kepada Anwar adalah Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, kerajaan Arab Saudi, jepun, Taiwan, Menteri luar Belanda, Karin Mossenlechner, pemimpin politik Tanzania, Ismail Jussa, pemimpin Islam Maldives, Dr Mauroof Hussain dan pemimpin rohani Tibet, Dalai Lama.


Dunia luar sambung pelantikan Anwar sebagai PM
Raja Arab, Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkotanya, Mohammed bin Salman Al Saud derta Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah turut berkenan menyampaikan perutusan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Ucapan tahniah turut hadir dari pertubuhan-pertubuhan Islam antarabangsa, ahli akedemik dan ilmuan dunia.

Post a Comment

0 Comments