Kakitangan pentadbiran S'gor dapat 'bonus' dua bulan setengah gaji


KERAJAAN Pakatan Harapan (HARAPAN) negeri Selangor mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan setengah gaji kepada semua anggota berkelayakan dan berkhidmat di pentadbiran kerajaan negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata bantuan khas berkenaan adalah untuk menghargai khidmat cemerlang serta komitmen penjawat awam dalam memastikan perkhidmatan kerajaan negeri kekal berkesan.

"BKK kali pertama iaitu satu bulan gaji atau minimum RM1,000 sudah dilaksanakan menerusi Insentif Khas Rahmah Ramadan 2022 sempena Aidilfitri 1443H/ 2022.

"BKK kali kedua pula akan dibayar pada 29 Disember depan iaitu sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM37.63 juta.

"Seterusnya, BKK kali ketiga iaitu insentif sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 akan dibayar pada Februari 2023 bagi meringankan beban penjawat menampung persiapan persekolahan sesi 2023/2024 yang akan bermula pada pertengahan Mac," kata Amirudin pada pembentangan Belanjawan Selangor 2023 di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam semalam.

Pentadbiran HARAPAN terbukti kerajaan perihatin


Anggota perkhidmatan negeri Selangor yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2022 turut menerima bantuan tersebut.


Ahli Parlimen Gombak itu turut menjelaskan pemberian BKK ini dilaksanakan berdasarkan terma dan syarat anggota yang berkelayakan dalam garis panduan pemberian BKK yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM).

Post a Comment

0 Comments