Sempat singgah medan selera, di Masjid Anwar disambut hangat


PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendapat sambutan hangat jemaah Jumaat di Masjid Putra selepas selesai solat Jumaat, di Masjid Putra, hari ini.

Anwar yang memakai baju Melayu berwarna merah jambu disambut meriah jemaah di Masjid Putra yang teruja melihat Anwar yang baharu dilantik menjadi perdana menteri ke-10, semalam.

Sebelumnya beliau tiba di Masjid Putra pada pukul 1.01 tengah hari disambut oleh beberapa Ahli Jawatankuasa masjid serta jemaah.

Sebaik solat berakhir, Ahli Parlimen Tambun itu dilihat sempat meluangkan masa 10 minit untuk bersalaman dan bertegur sapa dengan jemaah masjid yang kebnyakkanya kakitangan kerajaan dan orang awam sebelum beredar dengan kenderaannya yang diiringi polis pengiring kembali ke pejabatnya.
 
Bacaan khutbah dan solat Jumaat dipimpin oleh Imam Besar Masjid Putra, Ustaz Salahuddin Ghozali.

Khutbah Jumaat hari ini menyentuh mengenai tanggungjawab yang perlu dipikul terhadap seorang pemimpin yang telah dipilih.
Anwar tak kekok bermesra dengan rakyat


Turut menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.


Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) turut berkesempatan menikmati makan tengah hari di Medan Selera Presint 8,  serta mengambil kesempatan beramah mesra dengan pengunjung lain sebelum menunaikan solat Jumaat hari ini.

Post a Comment

0 Comments