K'jaan beri keutamaan tangani kos sara hidup - Anwar

 


KERAJAAN
perpaduan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahin akan memberi keutamaan kepada usaha menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Perkara itu dinyatakan Anwar pada satu sidang media di Putrajaya pagi tadi sebaik memulakan tugas rasminya.

Bagi mempercepat proses itu jelasnya, beliau telah meminta agensi kerajaan berkaitan mengadakan perbincangan secara terperinci dan mengambil tindakan segera bagi meringankan beban kenaikan harga yang ditanggung rakyat.

Satu mesyuarat khas bakal diadakan dengan agensi berkaitan selewat-lewatnya pada Isnin bagi membincangkan perkara itu.

“Walaupun kita positif dengan kekuatan ringgit sekarang, harga barang mencengkam dan menekan kehidupan rakyat.

“Saya akan segera bertemu dengan agensi berkaitan, kalau mereka tak keberatan, saya mohon adakan pertemuan khas hujung minggu ini ataupun selewat-lewatnya Isnin,” katanya.

Usaha akan dilaksana secepat mungkin
Semalam, Anwar yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPN) dilantik sebagai perdana menteri Malaysia yang ke-10 susulan pertemuan Yang di-Pertuan Agong dengan Majlis Raja-Raja.

Dalam sidang media pertamanya, beliau menegaskan bahawa kerajaannya akan fokus kepada ekonomi negara dan akan melakukan yang terbaik bagi memulihkannya.

Post a Comment

0 Comments