Politik ketaksuban, ekstermisme dan fitnah tak lagi releven

 


RETORIK politik berbaur ketaksuban, ekstremisme dan fitnah tidak relevan serta akan dipinggirkan, kata Mujahid Yusof Rawa.

Mengambil apa yang berlaku di negeri Perak, dimana kerajaan negeri berjaya dibentuk hasil gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN), ia jelasnya sudah cukup dijadikan bukti bahawa negara perlu bergerak kearah politik lebih progresif.

“Saya akan memastikan prinsip besar pemerintahan akan dilaksanakan dalam kerajaan Perak melalui panduan maqasid syariah dan prinsip manusiawi yang unggul.

“Politik sempit hanya sesuai untuk pemimpin-pemimpin yang meletakkan diri mereka pada tahap picisan,” kata Mujahid dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Pengerusi HARAPAN Perak turut berkata, selesainya proses pembentukan kerajaan negeri Perak bermakna satu era baharu telah bermula, yang menyaksikan gabungan dua pihak yang selama ini bertentangan bersepakat untuk mendahulukan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
 
“Keunikan kerajaan Perak yang baharu ini ialah ia terdiri daripada gabungan dua parti yang selama ini sentiasa berada dalam pihak yang bertentangan antara satu sama lain.

“Namun segala pertentangan ini tidak menjadi halangan kepada keperluan perundangan untuk membentuk sebuah kerajaan. Undang-undang bebas ideologi, undang-undang hanya melihat kepada prinsip dan ia perlu dipatuhi tanpa sentimen dan emosi,” katanya.

Malaysia mesti bergerak ke hadapan


Pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) Sabtu lepas, HARAPAN memenangi 24 kerusi DUN di Perak, Perikatan Nasional 26 kerusi dan BN sembilan.


Situasi itu menyebabkan DUN tergantung apabila tiada mana-mana blok mendapat majoriti mencukupi membentuk kerajaan.

HARAPAN dan BN kemudian bekerjasama sekaligus membuka laluan kepada pembentukan kerajaan negeri yang baharu.

 

Post a Comment

0 Comments