Mahfuz yakin Anwar mampu jadikan M'sia dihormati semula

 


NAIB PRESIDEN Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar menyatakan keyakinan bahawa pengalaman luas dan hubungan baik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dunia luar mampu membawa kembali menjadi sebuah negara yang dihormati dan disegani.

Dalam satu ucapan di Facebooknya, Mahfuz berkata segala rintangan dan ranjau yang pernah dilalui oleh Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu akan menjadi azimat untuk beliau mentadbir negara dengan adil dan penuh integriti.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Seri Paduka Baginda yang telah melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10 demi memastikan kestabilan pentadbiran negara.

“Hasrat Pakatan Harapan untuk menentang dan menghapuskan rasuah serta memartabatkan negara pastinya akan menjadi tunjang utama pentadbiran kerajaan yang diterajui Datuk Seri Anwar.

“Semoga negara makmur dan bersih dari rasuah yang kita cita-citakan bersama menjadi kenyataan,” ucapnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Berita pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri mendapat liputan luas media antarabangsa.

BBC, CNN, Xinhua, CGTN, Nikkei Asia, Berita Antara Indonesia dan CNA Singapura. Reuters, Al Jazeera dan South China Morning Post (SCMP) antara yang menyiarkan berita tersebut.

Reuters menyiarkan sekurang-kurangnya empat berita berkaitan pelantikan Anwar ke jawatan perdana menteri dengan yang pertama bertajuk "Malaysia's Anwar becomes prime minister, ending decades-long wait".

Negara dalam 'mood positif' lepas Anwar jadi PM
Beberapa pemimpin utama turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Anwar, mereka yang terawal adalah Presiden Indonesia, Ja oko Widodo, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan rakan baik Anwar Recep Tayyip Erdoğan yang merupakan Presiden Turki.

Pasaran saham turut apabila penanda aras saham tempatan, FBM KLCI melonjak 14.83 mata sebaik sahaja dibuka untuk sesi dagangan harian kedua iaitu pada jam 2.30 petang semalam, hanya beberapa minit selepas pelantikan Anwar diumumkan.

Post a Comment

0 Comments