UMNO Terengganu akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat sumber dana kewangan Perikatan Nasional (PN) diketuai Mahiaddin Md Yassin.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said mendakwa PN telah membelanjakan sejumlah dana yang berlebihan di negeri itu semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan mereka mahu tahu sumbernya.
“(Umno) Terengganu memutuskan untuk meminta SPRM menyiasat sumber dana PN yang digunakan pada PRU15, khususnya di negeri ini.
"(Setakat hari ini) kita masih belum buat laporan kerana saya masih berada di Kuala Lumpur. Insya-Allah, dalam sehari dua lagi, kita akan buat laporan kepada SPRM," katanya semalam.
Sebelum ini Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Melaka Adly Zahari berkata gabungan itu akan melancarkan siasatan terhadap dakwaan kerajaan Presiden Bersatu Muhyiddin membelanjakan RM500 bilion semasa pandemik Covid-19.
Katanya, walaupun Mahiaddin menyatakan wang berkenaan adalah untuk menghadapi COVID-19, mereka mahu melihatnya daripada semua aspek.
"Jika ada penyelewengan, kita akan ambil tindakan pendakwaan kerana ia adalah wang negara," katanya pada ceramah kempen PRU15 baru-baru ini. Ahmad Said mahu SPRM siasat
PAS, parti komponen PN, menyapu bersih semua lapan kerusi Parlimen di Terengganu buat pertama kali dalam sejarah pada PRU15 mengalahkan Ahmad Said di Kemaman, dan bekas setiausaha Majlis Syura PAS Dr Mohd Khairuddin Aman Razali di Kuala Nerus, yang bertanding di bawah tiket Barisan Nasional.
0 Comments