PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa melantik semula Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook sebagai menteri pengangkutan.
Gesaan itu disuarakan Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) melalui Presidennya Abdul Razak Md Hassan.
Abdul Razak berkata, mereka menyokong supaya Ahli Parlimen Seremban itu berdasarkan “track record” nya ketika menjawat jawatan berkenaan dalam pentadbiran terdahulu.
“Berbanding apa yang berlaku hari ini, yang mana telah menimbulkan banyak rungutan terhadap pengguna bukan sahaja untuk perkhidmatan kereta api, malah juga kepada semua pengangkutan awam lain, sama ada di bawah kendalian Prasarana atau lain-lain.
“Dengan pelantikan Loke, kami yakin beliau ialah seorang yang amat prihatin kepada pekerja dan KTMB itu sendiri, ini secara mutlaknya akan memberi manfaat khususnya terhadap pekerja KTMB sendiri,” katanya dalam kenyataan.
KPPKTMB taruh keyakinan kepada Anthony |
Loke pernah menjawat jawatan menteri pengangkutan dari 21 Mei 2018 hingga 24 Feb 2020.
0 Comments