Demi perpaduan, calon HARAPAN sanggup beri laluan untuk calon BN


DEMI
semangat perpaduan, calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi DUN Tioman pada PRU15 Mohd Fadzli Mohd Ramly bersedia memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN) Mohd Johari Hussain untuk memenangi kerusi itu.

Mohd Fadzli berkata beliau bersedia berbuat begitu sekiranya diarahkan pucuk pimpinan tertinggi parti, dan perkara itu jelasnya telah dibincangkan di peringkat Majlis Presiden  HARAPAN.

Selepas Piihan Raya Umum PRU-15 seminggu lalu, lanskap politik negara berubah apabila tiada mana-mana parti mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan. Atas saranan Yang Di-Pertuan Agong, Kerajaan Perpaduan telah dibentuk membabitkan antaranya dua blok terbesar dalam negara iaitu HARAPAN dan BN.

Kedua-dua pihak itu turut menjalin kerjasama dalam pembentukan kerajaan negeri Perak dan saling memberi sokongan bagi membentuk kerajaan negeri di Pahang,
 
“Mungkin selepas ini ada perbincangan lanjut tentang perundingan kerusi antara (Parlimen) Padang Serai dan DUN Tioman ini, kerana kita lihat Padang Serai ini merupakan satu kerusi yang penting untuk kita menambah bilangan kita di peringkat Parlimen, namun DUN Tioman juga tidak kurang pentingnya.

“...setakat hari ini saya tidak dimaklumkan apa-apa secara bertulis atau secara arahan khususnya daripada Majlis Presiden terhadap kedudukan kita di sini. Jadi kita akan berkempen seperti biasa,” katanya di petik laporan Bernama.

Sementara itu jelas Mohd Fadzli, walaupun bersetuju memberi laluan, namu beliau mahu jaminan daripada calon BN bahawa masalah dihadapi penduduk DUN Tioman, terutamanya masalah air, tanah dan infrastruktur boleh diselesaikan.

Lanskap politik negara berubah selepas PRU15
PRU15 DUN Tioman ditangguhkan kepada 7 Dis ini, ekoran kematian calon PN Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian 19 Nov lepas, dipercayai akibat serangan jantung.

Selain Mohd Fadzli dan Mohd Johari, turut bersaing pada pilihan raya itu ialah calon PN Nor Idayu Hashim, Osman A.Bakar (Pejuang) dan Sulaiman Bakar (Bebas).

Daftar Pemilih Pilihan Raya yang akan digunakan mengandungi 28,465 pemilih terdiri daripada 28,200 pengundi biasa, 262 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Post a Comment

0 Comments