SEBANYAK RM16.1 juta diperuntukkan kerajaan negeri Selangor dalam bajet 2023 kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri bagi pelaksanaan projek tebatan banjir.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, ketika membentangkan bajet negeri itu pada Jumaat berkata, agihan peruntukan akan dilakukan mengikut lembangan sungai bagi memastikan keberkesanan dalam pengurusan tebatan banjir.
Katanya, lembangan sungai utama terlibat termasuk Sungai Klang, Sungai Langat dan juga Sungai Selangor.
"Projek-projek tebatan banjir ini perlu dilaksanakan segera terutamanya di Lembangan Sungai Klang dan Sungai Langat.
"Projek-projek tebatan banjir ini juga akan dilaksanakan secara sinergi dengan projek-projek bawah peruntukan Persekutuan bagi mendapatkan keberkesanan yang lebih holistik dalam menangani isu banjir di negeri Selangor," kata Amirudin.
Kerajaan negeri juga jelasnya bersetuju untuk membangunkan 21 tasik dan bekas lombong sebagai sumber bekalan air di negeri itu. Ia bagi memastikan bekalan air Selangor dapat memenuhi keperluan penduduknya.
"Luas telah membangunkan kolam sumber bekalan ini melalui tiga fasa yang merangkumi audit kolam-kolam di Lembangan Sungai Selangor, Sungai Klang, dan Sungai Langat, membina dan melebarkan kolam, serta menyambungkan antara kolam ke sungai," tambahnya.
Juga berkaitan memastikan bekalan air dapat terus dijamin, kerajaan negeri akan turut mengiatkan usaha merawat dan meningkatkan kualiti air di Sungai Gong.
Selangor turut memperluaskan kelayakan bagi program air percuma yang dinamakan Skim Air Darul Ehsan dengan menaikkan pendapatan isi rumah yang layak daripada RM4,000 dan ke bawah sebulan dengan memasukkan isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan.
"Perubahan syarat ini telah mengambil kira kesan pandemik Covid-19 dan juga situasi semasa negara yang sedang berhadapan dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan lonjakan inflasi," katanya.
Difahamkan Selangor memperuntukan RM40 juta setahun bagi program air percuma itu.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, ketika membentangkan bajet negeri itu pada Jumaat berkata, agihan peruntukan akan dilakukan mengikut lembangan sungai bagi memastikan keberkesanan dalam pengurusan tebatan banjir.
Katanya, lembangan sungai utama terlibat termasuk Sungai Klang, Sungai Langat dan juga Sungai Selangor.
"Projek-projek tebatan banjir ini perlu dilaksanakan segera terutamanya di Lembangan Sungai Klang dan Sungai Langat.
"Projek-projek tebatan banjir ini juga akan dilaksanakan secara sinergi dengan projek-projek bawah peruntukan Persekutuan bagi mendapatkan keberkesanan yang lebih holistik dalam menangani isu banjir di negeri Selangor," kata Amirudin.
Kerajaan negeri juga jelasnya bersetuju untuk membangunkan 21 tasik dan bekas lombong sebagai sumber bekalan air di negeri itu. Ia bagi memastikan bekalan air Selangor dapat memenuhi keperluan penduduknya.
"Luas telah membangunkan kolam sumber bekalan ini melalui tiga fasa yang merangkumi audit kolam-kolam di Lembangan Sungai Selangor, Sungai Klang, dan Sungai Langat, membina dan melebarkan kolam, serta menyambungkan antara kolam ke sungai," tambahnya.
Juga berkaitan memastikan bekalan air dapat terus dijamin, kerajaan negeri akan turut mengiatkan usaha merawat dan meningkatkan kualiti air di Sungai Gong.
Selangor turut memperluaskan kelayakan bagi program air percuma yang dinamakan Skim Air Darul Ehsan dengan menaikkan pendapatan isi rumah yang layak daripada RM4,000 dan ke bawah sebulan dengan memasukkan isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan.
Kelayakan skim air percuma diperlukan |

0 Comments