Kenyataan Sanusi cerminan nasib wanita jika undi PN

 


KENYATAAN Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor yang dianggap seksis adalah satu peringatan kepada kaum wanita mengenai nasib hak mereka sekiranya Perikatan Nasional (PN) memenangi banyak kerusi dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar yang mengecam kenyataan Sanusi berkata, kenyataan itu bukan sahaja memperkecilkan peranan dan kemampuan wanita, malah calon dari parti pimpinannya sendiri.
 
“Beliau memperkecilkan peranan wanita dan terlupa terdapat juga beberapa calon wanita PAS dalam PRU15,” katanya

Sanusi yang merupakan pengarah pilihan raya parti PAS melalui satu rakaman video yang tular mengkritik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (HARAPAN) kerana meletakkan Maizatul Akmam Othman dan bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPR), Latifah Md Yatim sebagai calon kerusi Parlimen Sik.

Sanusi berkata, sepatutnya calon lelaki dipilih kerana wanita tidak sesuai dan tidak mampu berkhidmat di Sik memandangkan wakil rakyat akan dipanggil setiap masa.

Sanusi dalam kenyataanya 'membuat lucu' terhadap wanita dengan membayangkan keadaan mereka yang bangun pukul 3 pagi serta perlu bersiap hampir dua jam bagi membantu mangsa banjir.

Selepas dikritik banyak pihak, Sanusi tetap dengan kenyataannya dengan berkata ia berdasarkan sentimen akar umbi. Sanusi enggan meminta maaf.

Sementara itu Nurul Izzah yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh turut berkata, berbeza dengan PN, HARAPAN melalui manifestonya jelas mahu mengangkat martabat dan memperkasakan peranan wanita di negara ini.

Sanusi jangan perlekeh kemampuan wanita
Beberapa inisiatif seperti subsidi penjagaan anak untuk wanita bekerja dan faedah penjagaan kanak-kanak bagi memastikan setiap kanak-kanak menerima jagaan diperlukan sehingga berusia enam tahun ditawarkan gabungan itu kepada golongan wanita.

“Kami menyasarkan untuk mengukuhkan agenda wanita bagi memastikan setiap ibu di negara ini mempunyai hak yang sama rata,” katanya.

Post a Comment

0 Comments