PENGERUSI Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Johari Openg dicabar menyenaraikan semua peruntukan pembangunan yang didakwa dipotong Pakatan Harapan (HARAPAN) ketika gabungan itu menjadi kerajaan persekutuan.
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen melontar cabaran itu susulan dakwaan Abang Johari pada 6 Nov lalu yang mendakwa ketika HARAPAN mentadbir negara, kerajaan diketuai Tun Mahathir Mohammad membatalkan banyak projek pembangunan di negeri itu.
“Sehingga kini, GPS gagal menamakan projek yang didakwanya (dana) dipotong itu.
“Saya beri dua hari kepada Abang Johari untuk menyenaraikan semua perkara dalam dokumen bajet itu yang gagal dipenuhi.
“Sekiranya beliau gagal menyenaraikannya, ini bermakna semuanya fitnah semata-mata,” kata calon Stampin itu dalam sidang media pada Ahad.
Beliau turut mengingatkan Abang Johari bahawa sebagai premier Sarawak, dia seharusnya mempunyai standard lebih tinggi dan tidak mengulangi retorik politik kononnya HARAPAN membatalkan semua peruntukan untuk negeri itu.
Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Dr Kelvin Yii membidas Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tay Tze Kok yang menuduh HARAPAN membatalkan peruntukan RM150 juta bagi projek tebatan banjir di Kuching.
Katanya, projek itu tidak pernah dibatalkan dan dana itu disalurkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran negeri pada 2018.
Abang Johari jangan ulang retorik salah |
“Tay harus berhenti berbohong bahawa HARAPAN mengurangkan (peruntukan pembangunan) Sarawak. Jika mahu menjadi Ahli Parlimen, beliau mesti belajar membaca buku bajet dan prosedur Parlimen,” kata calon yanga kan mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Kuching itu.
0 Comments