PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tuduhan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mendakwa beliau dipergunakan DAP untuk memikat pengundi Melayu.
Bercakap pada siri ceramah di Alor Setar baru-baru ini, Anwar berkata Abdul Hadi kini terlalu obses dengan isu perkauman sedangkan rakyat kini lebih merasa bimbang mengenai situasi ekonomi.
“Saya bukan bodohlah Hadi.
“Saya percaya saya kena jaga orang Melayu yang majoriti. Tetapi, kalau saya mahu jadi ketua negara ini, saya mesti jaga orang Cina macam keluarga saya sendiri, baru kita boleh selamat. Sama juga dengan orang India.” katanya.
Abdul Hadi yang juga timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dilaporkan berkata, DAP menggunakan Anwar dan juga calon Melayu parti itu untuk memancing undi orang Melayu.
Menuduh parti itu mencontohi Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura yang dakwanya menggunakan Yusof Ishak untuk kekal berkuasa.
Isu perkauman dan takfiri semakin kuat kedengaran ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini.
Abdul Hadi sendiri sebelum ini membuat tuduhan bahawa sebahagian besar orang bukan Islam dan Bumiputera di negara ini sebagai pengamal rasuah, dalam ceramah politiknya yang tidak banyak menyentuh isu ekonomi dan masalah rakyat, Abdul Hadi lebih selesa menghambur tohmahan bahawa DAP membawa ideologi komunis dan anti-tuhan.
Ironinya, Abdul Hadi dilihat bersikap pejam mata terhadap parti Gerakan, rakan politiknya dalam PN yang bukan sahaja menentang perlaksanaan hudud di Kelantan dengan membawa kes ke mahkamah dengan menyaman kerajaan Kelantan malah pernah mendesak kerajaan membenarkan bekas Ketua Parti Komunis Malaya itu untuk pulang ke Malaysia.
Selain Abdul Hadi, Ketua Pemuda PAS sik, Mohd Shahiful Mhd Nasir baru-baru ini dikecam setelah berkata bahawa 'undi BN dan HARAPAN masuk neraka'.
Mohd Shahiful kemudian tampil memohon maaf dan semalam dia dilapor mohin bercutirehat daripada semua jawatan dalam PAS untuk tempoh yang akan dimaklumkan kelak.
Sebagai rekod Anwar pada 4 November lalu semasa berkempen di Ipoh memberi jaminan bahawa DAP tidak akan menguasai gabungan parti itu sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi kali ini.
Presiden KEADILAN itu berkata, jaminan itu boleh diberikan kerana DAP merupakan rakan parti yang setia serta menghormati prinsip dan Perlembagaan negara.
"Saya ditanya kebimbangan DAP menguasai kerajaan nanti, pertama yang menjadi ketua pada 20 November nanti sekiranya menang bukanlah Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) tetapi Anwar Ibrahim.
Jangan perbodohkan rakyat dengan isu kaum |
"Negara ini kaya dan saya kalau memimpin, saya pemimpin kepada semua rakyat. Itu jawapan saya. Jangan bimbang, DAP ini rakan kita yang setia dan mereka terima prinsip ini," katanya.
0 Comments